Penerbitan Filem_Ular

Ular diarahkan oleh Jasong Chong dan diterbitkan oleh Norman Abd Halim untuk Showbiz Productions. Ia merupakan filem kedua arahan Jason selepas Belukar (2010), penggambaran dijalankan di Pulau Pangkor, Perak.

Ia juga menyaksikan lakonan sulung Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim sebelum mereka berkahwin. Pelakon lain yang terlibat termasuk Izzue Islam, Harun Salim Bachik, Sharifah Sakinah, Zarina An Joulie, Namron, dan Zarina Zainuddin.