Filemografi_Aamir_Khan
Filemografi_Aamir_Khan

Filemografi_Aamir_Khan

Aamir Khan ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah, penyanyi latar dan pengacara televisyen India. Khan pertama kali muncul di layar lebar pada usia lapan tahun menerusi peranan kecil dalam filem arahan bapa saudaranya, Nasir Hussain Yaadon Ki Baaraat (1973).[1] Pada tahun 1983, beliau berlakon dan berkhidmat sebagai pembantu pengarah dalam filem pendek Paranoia, arahan Aditya Bhattacharya,[2] beliau kemudian membantu Hussain untuk dua karya arahannya—Manzil Manzil (1984) dan Zabardast (1985).[2][3] Projek lakonan pertama Khan ialah watak singkat dalam filem drama sosial eksperimental 1984 Holi.[4]Peranan utama pertama Khan ialah gandingan bersama Juhi Chawla dalam filem romantik tragis paling berjaya Qayamat Se Qayamat Tak (1988).[5] Penampilannya dalam filem ini dan filem thriler Raakh (1989) melayakkan Khan menerima Pernyataan Khas di Anugerah Filem Kebangsaan ke-36.[6] Beliau memberanikan dirinya sendiri di Bollywood dengan watak dalam beberapa filem menonjol pada tahun 1990-an, termasuk filem drama romantik Dil (1990), filem komedi-drama Hum Hain Rahi Pyar Ke (1993), dan filem romantik yang mengaut kutipan ₹871 juta (sekitar AS$24.5 juta pada tahun 1996)[I] Raja Hindustani (1996).[7][8] Beliau turut bekerja sama dengan filem Kanada-India garapan Deepa Mehta Earth (1998).[9] Pada tahun 1999, Khan menubuhkan syarikat penerbitannya, Aamir Khan Productions,[10] yang pertama kali menerbitkan filem Lagaan (2001) yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik,[11] dan melayakkan beliau menerima Anugerah Filem Kebangsaan untuk Filem Popular Terbaik.[12][13] Selain itu pada tahun 2001, beliau berlakon bersama Saif Ali Khan dan Akshaye Khanna dalam filem drama terkenal Dil Chahta Hai.[14] Lagaan dan Dil Chahta Hai dipetik di media sebagai filem-filem menonjol dari perfileman Hindi.[15][16] Setelah empat tahun berehat dari kerjaya filem, Khan menjayakan peranan utama eponim dalam filem Mangal Pandey: The Rising (2005), sebuah filem tempoh yang mendapat kutipan terendah di pecah panggung,[17] beliau kemudiannya menjayakan watak-watak utama dalam dua filem berkeuntungan tertinggi pada tahun 2006—Fanaa dan Rang De Basanti.[18]Khan menduduki kerusi pengarah menerusi filem Taare Zameen Par pada tahun 2007, sebuah filem drama tentang disleksia yang dibintangi oleh Darsheel Safary, dimana Khan juga memegang watak pembantu.[19] Film tersebut meraih kesuksesan kritis dan komersial,[10] memenangkannya Penghargaan Film Nasional untuk Film Terbaik tentang Kesejahteraan Keluarga.[20][21] Khan memerankan seorang pria yang mengidap amnesia anerograd dalam film cerita seru tahun 2008 Ghajini,[22][23] setelah itu ia memerankan murid teknik dalam film komedi-drama 3 Idiots (2009),[24] dan seorang arits reklusif dalam filem drama Dhobi Ghat (2010), yang juga ia produksi.[25] Ia beradu peran bersama dengan Abhishek Bachchan dan Uday Chopra sebagai antagonis dari film pertualangan Dhoom 3 pada tahun 2013,[26] setelah ia memerankan seorang alien dalam sebuah film satir berkeuntungan lebih dari ₹7.4 bilion (AS$110 juta) berjudul PK.[27][28] Pada 2016, Khan berperan sebagai ayah dua pegulat putri muda dalam film biopik olahraga Dangal, yang meraih lebih dari ₹20 bilion (AS$300 juta) di seluruh dunia.[29] Lima film Khan—Ghajini, 3 Idiots, Dhoom 3, PK, dan Dangal—mencatat rekod sebagai filem India berkeuntungan tertinggi sepanjang zaman.[29][30] Selain berlakon filem, Khan telah muncul sebagai pengacara rancangan Satyamev Jayate (2012–14).[31]

Rujukan

WikiPedia: Filemografi_Aamir_Khan http://www.bollywoodhungama.com/celebrities/awards... http://www.bollywoodhungama.com/celebritymicro/fil... http://www.bollywoodhungama.com/features/2007/05/2... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id...