Filemografi_Ajay_Devgn
Filemografi_Ajay_Devgn

Filemografi_Ajay_Devgn

Ajay Devgn ialah seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem India yang membuat penampilan layar lebar pertamanya sebagai pelakon kanak-kanak dalam Pyari Behna (1985) arahan Bapu. Peranan utama pertamanya, digandingkan bersama Madhoo dalam Phool Aur Kaante (1991) arahan Kuku Kohli yang memenanginya Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Lelaki Terbaik.[1] Devgn kemudian memegang watak petinju dalam filem seni bela diri Jigar (1992) dan watak orang buta dalam filem Vijaypath (1994). Kejayaan seterusnya hadir menerusi peranan lakonan dalam filem pecah panggung 1994 Suhaag dan Dilwale.[2] Beliau menerima pecalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik pertamanya bagi lakonannya dalam filem drama aksi Naajayaz (1995).[3] Devgn meraih sambutan atas peranan-peranannya dalam Pyaar To Hona Hi Tha dan drama politik Zakhm (keduanya 1998),[4] memenangi Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem Zakhm.[5][6] Pada tahun 1999, beliau membintangi Hum Dil De Chuke Sanam arahan Sanjay Leela Bhansali, yang melayakkan beliau menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik.[3] Pada tahun 2000, Devgn menubuhkan syarikat penerbitannya Ajay Devgn FFilms, menerbitkan dan tampil sebagai protagonis dalam filem Raju Chacha yang meraih kegagalan komersial.[7] Beliau menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi wataknya dalam filem drama Lajja (2001).[8]Devgn memegang watak yang berdasarkan pada Dawood Ibrahim dalam filem yang meraih sambutan kritis arahan Ram Gopal Varma Company (2002).[9][10] Beliau memenangi Anugerah Filem Kebangsaan keduanya bagi watak revolusioner Bhagat Singh dalam biopik Santoshi The Legend of Bhagat Singh[11] dan meraih Anugerah Pengkritik Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk kedua filem tersebut.[12] Beliau kemudian melakonkan watak antagonis dalam filem seram psikologi Deewangee (2002), dimana beliau menerima Anugerah Filmfare untuk Persembahan Terbaik dalam Peranan Negatif.[13] Pada tahun 2003, Devgn membintangi filem seram yang menerima kejayaan komersial karya Varma Bhoot.[14] Beliau menerima pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik Filmfare lainnya bagi wataknya sebagai perwira IPS dalam filem drama Gangaajal (2003), arahan Prakash Jha.[3] Pada tahun berikutnya, Devgn menjayakan peranan sebagai seorang pelajar yang beralih menjadi ahli poltik dalam filem Yuva (2004), filem drama arahan Mani Ratnam. Beliau melakonkan watak yang berdasarkan pada Othello dalam filem yang meraih sambutan kritis Omkara (2006), pembikinan semula dari drama William Shakespeare Othello[15][16] dan juga menjayakan watak Gopal dalam filem komedi Rohit Shetty Golmaal: Fun Unlimited (2006), yang kemudian dilakonkan semula oleh beliau dalam kesinambungannya Golmaal Returns (2008) dan Golmaal 3 (2010). Pada tahun 2007, Devgn berlakon dalam dua filem yang meraih kegagalan komersial, termasuk Aag karya Varma, yang berdasarkan pada filem kultus klasik 1975 Sholay.[17][18] Aag dianggap filem paling teruk.[19][20][21]Pada tahun 2008, Devgn berlakon dalam filem drama Halla Bol, serta mengarahkan dan menerbitkan filem drama romantik U Me Aur Hum.[22] Pada tahun 2009, beliau menerbitkan filem ketiganya, All the Best: Fun Begins. Dalam filem drama jenayah Once Upon a Time in Mumbaai (2010), Devgn melakonkan watak yang diilhamkan dari Haji Mastan.[23] Beliau muncul sebagai seorang pemimpin dalit dalam filem drama politik Jha Raajneeti (2010). Kedua-dua filem itu mendapat sambutan di pecah panggung dan Once Upon a Time in Mumbaai melayakkan beliau menerima pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik Filmfare.[3][24] Beliau kembali berkolaborasi dengan Shetty untuk watak seorang pegawai polis dalam filem drama aksi Singham (2011).[25] Devgn meraih lebih banyak kejayaan dengan watak-watak dalam filem-filem komedi aksi Bol Bachchan dan Son of Sardaar. Son of Sardaar yang diterbitkannya.[26][27] Beliau muncul sebagai seorang bapa yang bersikap pelindung dalam Drishyam (2015) arahan Nishikant Kamat.[28] Pada tahun berikutnya, beliau mengarahkan, menerbitkan dan membintangi filrm drama aksi Shivaay dengan Erika Kaar. Devgn menerbitkan dua filem pendek; The Awakening (2006)[29] dan Save The Girl Child (2012).[30] Beliau mengacarakan rancangan TV Ramleela – Ajay Devgn Ke Saath (2012).

Rujukan

WikiPedia: Filemografi_Ajay_Devgn http://www.asianage.com/movie-reviews/violent-grue... http://boxofficeindia.com/npages.php?page=shownews... http://boxofficeindia.com/showProd.php?itemCat=200... http://www.boxofficeindia.com/showProd.php?itemCat... http://www.business-standard.com/article/companies... http://www.business-standard.com/article/news-ians... http://www.dailypioneer.com/sunday-edition/foray/c... http://www.dnaindia.com/entertainment/report_ajay-... http://www.dnaindia.com/entertainment/report_u-me-... http://www.filmfare.com/reviews/movie-review-guest...