Filemografi_Amitabh_Bachchan
Filemografi_Amitabh_Bachchan

Filemografi_Amitabh_Bachchan

Amitabh Bachchan ialah seorang pelakon filem, penyanyi latar, penerbit dan personaliti televisyen India. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1969 dengan Saat Hindustani, dan menjadi pencerita suara latar untuk filem arahan Mrinal Sen, Bhuvan Shome (1969).[1] Beliau kemudian muncul sebagai Dr. Bhaskar Banerjee dalam filem arahan Hrishikesh Mukherjee, Anand (1971), di mana beliau memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.[1] Pada tahun 1973, Bachchan memegang watak sebagai Inspektor Vijay Khanna dalam filem aksi Prakash Mehra Zanjeer. Sejak itu, beliau muncul dalam beberapa filem dengan nama watak "Vijay".[2] Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam filem Abhimaan dan Namak Haraam. Untuk itu, beliau menerima Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Dua tahun kemudian beliau berlakon bersama Shashi Kapoor, dalam filem Yash Chopra Deewaar, yang melayakkan beliau menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Beliau dipetik sebagai "pemuda garang" bagi peranannya dalam Deewaar dan Zanjeer.[3] Kemudian beliau berlakon dalam filem arahan Ramesh Sippy, Sholay (1975), yang dianggap sebagai salah satu filem India terbaik sepanjang zaman.[4][5] Selepas muncul dalam drama romantik Kabhie Kabhie (1976), Bachchan berlakon dalam filem komedi arahan Manmohan Desai, Amar Akbar Anthony (1977). Beliau memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik bagi persembahannya dalam kedua-duaya. Beliau kemudian memegang dua watak Don dalam Vijay filem Don (1978), yang sekali lagi melayakkan beliau menerima Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik.Pada tahun 1980-an, Bachchan berlakon dalam beberapa filem, termasuk filem aksi: Dostana (1980), Shaan (1980) dan Kaalia (1981), filem romantik Silsila (1981); dan drama Shakti (1982) bersaman Dilip Kumar. Peranannya dalam Dostana dan Shakti melayakkan beliau menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbqik. Beliau mengalami kecederaan yang hampir meragut nyawanya dalam filem Coolie (1983).[6] Beliau kembali ke skrin selepas lima tahun menghilang dengan filem pecah panggung berjaya Shahenshah (1988).[7][8] Dua tahun kemudian, Bachchan memegang watak perompak Vijay Deenanath Chauhan dalam filem Mukul S. Anand, Agneepath dan kemudian berlakon dalam Hum (1991). Biarpun menjadi kegagalan pecah panggung, ia melayakkan beliau menerima Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan mewujudkan status kultus.[9][10][11] Beliau juga meraih Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk Hum, diikuti oleh keputusannya untuk berehat dari kerjaya lakonan.[7] Beliau kemudian memegang watak Badshah Khan dalam filem Anand 1992 Khuda Gawah, di man beliau menerima penghargaan awam daripada Presiden Afghanistan.[12] Pada tahun 1996, beliau menubuhkan syarikat penerbitan filemnya, Amitabh Bachchan Corporation yang keluaran sulungnya, Tere Mere Sapne (1996) merupakan kegagalan pecah panggung.[13]Pada tahun 2000, Bachchan muncul dalam watak pembantu dalam filem arahan Aditya Chopra Mohabbatein. Ia melayakkan beliau memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Pada tahun sama, beliau membuat penampilan televisyen pertamanya sebagai pengacara rancangan permainan Kaun Banega Crorepati?.[14] Beliau telah menjadi pengacara setiap musim kecuali yang ketiga. Beliau kemudiannya menjayakan peranan sebagai seorang pegawai bank yang lemah dalam Aankhen (2002), seorang bapa yang kecewa dalam Baghban (2003), pegawai polis berkonflik dalam Khakee (2004).[15] Pada tahun 2005, beliau menjayakan peranan sebagai guru seorang gadis buta dan tuli dalam filem Sanjay Leela Bhansali Black, di mana beliau menerima Anugerah Filem Kebangsaan dan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik.[16][17] Beliau menerima Anugerah Kebangsaan untuk Pelakon Terbaik untuk memainkan pesakit progeria dalam filem R. Balki Paa (2009). Beliau juga melakonkan watak tajuk hantu yang mesra dalam Bhoothnath (2008), dan kesinambungannya Bhoothnath Returns (2014);. dan memegang watak penderita hipokondria dalam drama komedi Piku (2015).[18] Ia memperolehnya Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pelakon Lelaki Terbaik yang keempat.Bachchan juga menjadi pencerita dalam beberapa filem termasuk Shatranj Ke Khilari (1977), Lagaan (2001), Parineeta (2005), Jodhaa Akbar (2008), Ra.One (2011), dan Krrish 3 (2013). Beliau juga tampil sebagai penyanyi latar untuk beberapa filem termasuk Laawaris (1981), Silsila, dan Baghban.

Rujukan

WikiPedia: Filemografi_Amitabh_Bachchan http://www.thenational.ae/arts-lifestyle/bollywood... http://www.allmusic.com/album/aetbaar-mw0001627633 http://www.allmusic.com/album/baghban-mw0001734201 http://www.bollywoodhungama.com/celebritymicro/fea... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id...