Filemografi_Satyajit_Ray
Filemografi_Satyajit_Ray

Filemografi_Satyajit_Ray

Satyajit Ray ( semak (bantuan·maklumat); 2 Mei 1921 – 23 April 1992) ialah seorang pembikin filem India yang bekerja terutamanya dalam pawagam Bengali dan sering disebut sebagai salah seorang pengarah terbesar pawagam dunia.[1] Ray dilahirkan di Calcutta (kini Kolkata) dari sebuah keluarga Bengali dan memulakan kerjayanya sebagai jurvisual.[2] Pertemuannya dengan pengarah Perancis Jean Renoir, yang datang ke Calcutta pada 1949 untuk penggambaran filem The River (1951), dan kunjungannya ke London pada 1950, di mana beliau menonton Ladri di biciclette (Pencuri Basikal) karya Vittorio De Sica (1948), mengilhamkan Ray untuk menjadi pembikin filem.[3][4] Ray mula menduduki kerusi pengarah pada 1955 dengan Pather Panchali dan mengarahkan 36 filem, terdiri dari 29 filem cereka, lima dokumentari, dan dua filem pendek.Meskipun karya Ray umumnya mendapat sambutan yang menggalakkan,[5][6] filem karyanya Pather Panchali dan Ashani Sanket (1973) dikritik kerana "menampilkan kemiskinan" dan "menyakiti hati India di luar negeri".[5][7] Trilogi Apu (1955–1959) karyanya masuk dalam Senarai 100 Filem Sepanjang Zaman menurut Time pada 2005.[8] Selain mengarah, Ray menggubah muzik dan menulis lakon layar untuk filem-filem, samada arahan sendiri dan pengarah lain.[9] Selain dikenali sebagai penulis cereka, pengilustrasi, dan penukis kaligrafi; Ray mengarang beberapa cerita pendek dan novel dalam bahasa Bengali, sebahagian besar disasarkan untuk kanak-kanak dan remaja.[10][11] Beberapa cerita pendeknya diadaptasi dalam filem-filem arahan pengarah lain, termasuk anaknya, Sandip Ray. Dianggap sebagai ikon kebudayaan di India dan dikenali kerana jasa-jasanya pada pawagam India,[12] Ray telah mempengaruhi beberapa pembikin filem di seluruh dunia, yang termasuk Martin Scorsese,[13][14] James Ivory,[15] François Truffaut[16] dan Carlos Saura.[17]Ray memutuskan untuk menghasilkan beberapa filem lain, termasuk The Alien yang diilhamkan dari filem 1982 Steven Spielberg E.T.;[18][19] sebuah dokumentari mengenai pemain sitar India Ravi Shankar;[20] sebuah adaptasi dari epik India purba, Mahābhārata; dan sebuah adaptasi dari novel 1924 E. M. Forster, A Passage to India. Namun, tiada yang dibuat ketika beliau meninggal pada 1992.[21]Ray menerima banyak anugerah di festival filem antarabangsa dan anugerah lain, termasuk beberapa Anugerah Filem Kebangsaan India dan Anugerah Kehormat Akademi di Anugerah Akademi ke-64 pada 1992.[22] Ray dianugerahkan anugerah tertinggi India dalam perfilman, Anugerah Dadasaheb Phalke, pada 1984 dan penghargaan awam tertinggi di India, Bharat Ratna, pada 1992.[23][24]

Rujukan

WikiPedia: Filemografi_Satyajit_Ray http://www.allmovie.com/artist/satyajit-ray-p10768... http://www.asianamericanfilm.com/archives/000026.h... http://www.bangaloremirror.com/printarticle.aspx?p... http://books.google.com/books?id=jEOSyjLc4L8C&pg=P... http://www.gwhatchet.com/2002/03/04/martin-scorses... http://www.hindu.com/2007/12/01/stories/2007120151... http://www.imdb.com/name/nm0006249/ http://ibnlive.in.com/news/satyajit-ray-is-this-sp... http://timesofindia.indiatimes.com/articleshow/424... http://timesofindia.indiatimes.com/city/hyderabad/...