Menu
Filip Đorđević Kerjaya kelabFilip memulakan kerjaya bola sepaknya di Red Star Belgrade, ketika beliau berusia lapan tahun. Beliau juga dipinjam ke Rad Belgrade. Ketika bersama Red Star, beliau telah membuat lapan penampilan liga sebelum ke Perancis.
Selepas dipinjam ke kelab Ligue 2, FC Nantes dan membantu Nantes untuk melonjak ke divisyen teratas Perancis selepas musim 2007-08, Nantes bersetuju untuk menandatangani Filip dengan kontrak selama empat tahun.[1] Ketika bersama Nantes dalam Ligue 1, Đorđević telah membuat 19 penampilan liga dan menjaringkan dua gol pada musim 2008-09, dan Nantes tersingkir dan terpaksa ke Ligue 2 sekali lagi. Pada musim 2010-11, Filip telah membuat impak besar apabila membuat 36 penampilan liga, menjaringkan 23 gol dan membuat lima hantaran. Pada musim 2011-12, Nantes masih di Ligue 2, Đorđević bermain sebanyak 28 perlawanan liga dan menjaringkan enam gol.
Pada musim 2012-13, Đorđević menjadi penjaring terbanyak Ligue 2 apabila menjaringkan 20 gol. Pada 16 Ogos 2013, Olympique Lyonnais mengeluarkan duit sebanyak €3-5 juta untuk Đorđević,[2] walaupun Đorđević dan Nantes telah mengesahkan pemindahan itu. Selepas Nantes kembali ke Ligue 1, Đorđević menjaringkan tujuh gol pada 12 perlawanan pertama, memotong rekod gol Radamel Falcao dan Zlatan Ibrahimović untuk tempat teratas penjaring gol Ligue 1 pada musim itu.
Pada 19 Mac 2014, Filip ke kelab Serie A Itali, S.S. Lazio.[3] Beliau menandatangani perjanjian pra-kontrak dengan Lazio selepas ia masuk ke dalam enam bulan terakhir kontrak Nantes dan menyertai pasukan secara percuma pada 1 Julai 2014.[4] Gol pertama Đorđević untuk Lazio hadir pada 29 September 2014, dengan menjaringkan hatrick bagi kelab Rom itu apabile menewaskan Palermo, 4–0, membantu kelab itu melonjak ke tangga separuh Serie A.[5] Beliau menjaringkan gol sekali lagi untuk Lazio pada perlawanan seterusnya, dengan menanduk dari hantaran Antonio Candreva pada minit ke-25, Lazio menang 3-2 ke atas Sassuolo.[6]
Menu
Filip Đorđević Kerjaya kelabBerkaitan
Filipina Filippo Inzaghi Filipe Luís Filip Đuričić Filip Đorđević Filipina Amerika Filipina di bawah Amerika Syarikat Filip Kostić Filipus Filipina v. ChinaRujukan
WikiPedia: Filip Đorđević http://www.espnfc.com/italian-serie-a/match/403793... http://www.mercato365.com/depeches/filinfo_247349_... http://football.uk.reuters.com/euro2008/news/L2211... http://www1.skysports.com/football/live/match/3232... http://www1.skysports.com/football/news/11862/9222... http://us.soccerway.com/players/filip-djordjevic/2... http://www.lequipe.fr/Football/Actualites/Djordjev... http://web.archive.org/web/20071219092748/http://f... http://www.novosti.rs/vesti/sport.294.html:406072-... http://www.sportal.rs/news.php?id=107383