Trivia Filius_Flitwick

Nama "Flitwick" mungkin diambil dari nama sebuah pekan Flitwick berhampiran London (walaupun ia disebut "Flittick"), atau ia kombinasi perkataan "flit" (iaitu mudah bergerak) dan "wick" (perkataan dari England Utara bermaksud "hidup.") Filius pula berasal dari perkataan Latin bermaksud anak "lelaki".

Flitwick sebagai konduktor muzik dalam Harry Potter and the Goblet of Fire

Warwick Davis melakonkan watak Flitwick dalam dua filem pertama Harry Potter. Dia juga melakonkan watak goblin di bank dalam filem pertama. Dia juga dapat dilihat dalam filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban bagi watak Flitwick dalam filem keempat iaitu Harry Potter and the Goblet of Fire.

Dalam dua filem pertama, Flitwick ibarat separa goblin yang tua yang mempunyai misai yang tebal. Warwick Davis turut muncul dalam filem ketiga. Watak ini muncul semula dalam filem keempat sebagai konduktor muzik (dengan rupa yang sama dengan kemunculan dalam filem ketiga) . Walau bagaimanapun, dia turut bersama makan di meja staf dan didapati dia memegang nama Flitwick. Ini mungkin menunjukkan yang "Filius Flitwick" juga ialah konduktor muzik.