Sambutan Final_Fantasy_VII

Final Fantasy VII merupakan judul yang berjaya dari segi kritikan dan komersial, dan telah mencatatkan beberapa jualan yang tertinggi. Dalam masa tiga hari daripada tarikh keluarannya pada bulan Januari 1997 di Jepun, judul tersebut telah menjual 2.3 juta buah salinan. Popularitinya ini telah memberi inspirasi kepada beberapa penjual di Amerika Utara untuk mengubah tarikh keluaran sebenar pada bulan September untuk mengikut tuntutan pengguna terhadap judul itu.[58]Judul ini berjaya menjual sejumlah 330,000 buah salinan pada hari keluarannya pada hujung minggu di Amerika Utara,[59] dan telah mencapai jualan sejumlah 500,000 buah unit kurang daripada tiga minggu.[60] Sony kemudian mengumumkan judul tersebut telahpun menjual satu juta salinan pada benua tersebut awal bulan Disember.[61]

Meskipun Square telah mengumumkan bahawa Final Fantasy VII akan dihasilkan buat Sony dan bukannya Nintendo dan judul tersebut tidak akan berasaskan demo Final Fantasy SGI pada awalnya kurang disenangi peminat, judul itu terus mengekalkan dasar yang kukuh. Final Fantasy VII telah diletakkan di tempat kedua dalam bancian "100 Judul Permainan Video Paling Diminati Sepanjang Masa" oleh majalah Jepun Famitsu pada bulan Mac 2006,[62] manakala pengguna di laman web permainan video iaitu GameFAQs telah mengundi Final Fantasy VII sebagai "Judul Permainan Video Paling Unggul"[63] pada bulan November 2005.