Final_Fantasy_VII
Final_Fantasy_VII

Final_Fantasy_VII

Final Fantasy VII (ファイナルファンタジーVII, Fainaru Fantajī Sebun) (Tulisan Jawi: فاينل فانتاسي 7) adalah sebuah permainan video berperanan yang dikeluarkan oleh Square Co., Ltd. (sekarang Square Enix) pada tahun 1997 dan disutradari oleh Yoshinori Kitase. Judul ini merupakan judul permainan video pertama dalam siri Final Fantasy yang dikeluarkan untuk konsol permainan video Sony PlayStation, selain daripada menjadi judul pertama dalam siri ini yang dialihkan ke PC berasaskan Microsoft Windows, juga merupakan judul pertama sejak Final Fantasy NES yang dirilis dengan judul yang sama untuk Jepun dan Amerika Utara. Selain itu, judul ini juga merupakan Final Fantasy pertama yang menggunakan CGI, dengan watak-watak yang dirender penuh dan latar belakang yang diprarender.Kisah Final Fantasy VII bertumpu kepada sekumpulan pemberontak yang berjuang melawan perusahaan besar yang bernama "Shinra", yang mengambil Lifestream, energi hidup planet untuk digunakan sebagai sumber tenaga. Seiring dengan berjalannya cerita, konflik-konflik bermunculan dan misi bergeser menjadi penyelamat dunia dari ancaman Sephiroth, sang pewaris Jenova.Sebuah kejayaan keiklanan, permainan ini tetap menjadi yang paling terkenal dalam siri Final Fantasy,[1][2] dan sering dicantumkan sebagai permainan RPG yang maju bukan sekadar di Jepun.[1] Kemasyhuran judul ini menarik Square Enix untuk menghasilkan siri sekuel serta prekuelnya pada awal-pertengahan tahun 2000 di bawah judul pengumpulan "Kompilasi Final Fantasy VII". Pada bulan Mac 2006, unit jualan Final Fantasy VII telah mencapai lebih daripada 9,72 juta buah di seluruh dunia, angka penjualan terbaik dalam sejarah francais Final Fantasy.[3]

Final_Fantasy_VII

Pelukis Yusuke Naora[*], Tetsuya Nomura
Mod Pemain tunggal
Pengarah Yoshinori Kitase
Pelantar Sony PlayStation, Microsoft Windows
Siri Siri Final Fantasy
Penerbit
Pembangun Square
Komposer Nobuo Uematsu[*]
Pereka Hironobu Sakaguchi (Penerbit permainan, konsep senario asal)
Yoshinori Kitase (Pengarah permainan, penulis senario)
Tetsuya Nomura (Pereka watak, konsep senario asal)
Kazushige Nojima (penulis senario, perancang babak)
Yoshitaka Amano (pelukis imej, pereka logo tajuk)
Nobuo Uematsu (komposer)
Keluaran
Januari 31, 1997
  • PlayStation
    • JP: Januari 31, 1997
    • NA: September 7, 1997
    • PAL: November 17, 1997
    Antarabangsa
    • JP: Oktober 2, 1997
    Microsoft Windows
    • NA/PAL: Jun 25, 1998
    • JP: Mei 16, 2013
    iOS
    • WW: Ogos 19, 2015
    PlayStation 4
    • WW: Disember 5, 2015
    Android
    • WW: Julai 7, 2016
Genre Permainan video berperanan (RPG)
Pengeluar Hironobu Sakaguchi