Fitri_Haris

Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (lahir 5 Jun 1984) merupakan seorang penyanyi nasyid Malaysia. Beliau juga merupakan bekas anggota kumpulan UNIC (2002-2009).[1] Semasa beliau menganggotai UNIC, beliau lebih dikenali sebagai Fitri atau Pit. Selain itu, antara lagu single beliau yang sering diputarkan di radio adalah seperti "Suara Azan". Beliau juga pernah menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dalam jurusan Ilmu Wahyu.Ketika beliau berusia 19 tahun, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang berasal dari Singapura. Hasil daripada perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan seorang anak, namun jodoh perkahwinan mereka tidak panjang dan bertahan selama 5 tahun.Kemudian, beliau menyambung semula cita-citanya untuk menjadi pensyarah dengan memasuki Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam jurusan perniagaan kecil dan sederhana di peringkat Ijazah Sarjana. Tidak lama kemudian, beliau berpeluang melajutkan pelajaran dan berangkat ke New Zealand untuk menyambung latihan industri. Sementara menunggu untuk ke New Zealand, beliau telah bekerjasama dengan Arteffects International, menghasilkan album himpunan Zikir Terapi Munajat.Pada tahun 2012, beliau telah mendirikan rumah tangga yang berlangsung di Kajang, Selangor dan perkahwinan ini telah berakhir selepas perkahwinan ini bertemu titik tolak. Bukan segalanya indah apabila hidup bersama dengan seseorang yang mempunyai masa silam dan mempunyai anak, perkahwinan kedua ini jua berakhir pada tahun 2014.Walau pelbagai tomahan dan pendapat dari masyarakat, Beliau tetap meneruskan kehidupan dan cita-citanya. Kini, beliau hanya menumpukan perhatiannya pada pembelajaran beliau dalam peringkat PhD dalam bidang yang diceburinya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Nottingham, United Kingdom. Tahun 2016, beliau juga sibuk mempromosikan dan memperkenalkan 'new baby single' beliau iaitu 'Garis Takdir' yang sering kedengaran dan turut menjadi juara carta berturut-turut di salah sebuah stesen radio di Malaysia

Fitri_Haris

Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia
Nama lahir Mohamad Fitri bin Mohamad Haris
Pengkarya berkait UNIC
Syarikat rakaman Niyat Edutainment
Kelahiran (1984-06-05) 5 Jun 1984 (umur 35)
Genre Nasyid
Tahun aktif 2002–kini