Operasi Fius_elektrik

Fius terdiri daripada kepingan logam atau unsur fius dawai, pendek berbanding pengalir litar, dipasang antara sepasang terminal elektrik, dan (biasanya) tertutup dengan penutup penebat dan tidak mudah terbakar. Fius disusun dalam litar selari dan bersiri bagi membawa kesemua arus mengalir melalui litar terlindung. Rintangan unsur fius menghasilkan haba disebabkan aliran arus elektrik. Saiz dan binaan unsur fius adalah ditetapkan secara empirikal agar haba yang dihasilkan oleh arus normal tidak menyebabkan unsur fius menjadi terlalu panas. Sekiranya arus mengalir terlampau panas, unsur fius mencecah suhu tinggi dan samaada ia cair atau mencairkan petri menyambungkannya dalam fius, memutuskan litar.

Apabila pengalir logam berpisah, gerbang elektrik terbentuk antara dua hujung unsur fius yang tinggal. Gerbang elektrik ini semakin panjang sehingga voltan yang diperlukan bagi mengekalkannya melebihi voltan dalam litar, memutuskan aliran arus. Dalam litar arus ulang alik, arus akan berpatah arah pada setiap kitaran, meningkatkan lagi kepantasan pemintasan fius. Dalam kes fius penghad arus, voltan yang diperlukan bagi mengekalkan gerbang elektrik meningkat dengan cukup pantas untuk menghentikan arus cacat sebelum risiko puncak gelombang AC terbentuk. Ini mengurangkan dengan banyaknya kerosakan kepada peranti pelindung seterusnya.[2]

Unsur fius dihasilkan dengan menggunakan zink, tembaga, perak, aluminum, atau aloi bagi menghasilkan ciri-ciri stabil dan boleh dijangka. Fius sempurna sepatutnya membawa arus yang dilabel selamanya, dan cair dengan pantas apabila lebih sedikit. Unsur ini tidak patut dirosakkan oleh peningkatan arus tidak merbahaya, tidak teroksida atau bertukar ciri selepas bertahun digunakan.

Unsur fius boleh dibentuk bagi meningkatkan kesan pemanasan. Dalam fius besar, arus mungkin dibahagi antara beberapa kepingan logam. Fius dua unsure mungkin memiliki kepingan logam yang cair serta merta apabila berlaku litar pintas, dan turut memiliki sambungan petri rendah kecairan yang bertindak kepada lampau beban nilai rendah yang berlaku untuk tempoh masa yang panjang. Unsur fius mungkin disokong oleh dawai keluli atau nichrome, agar tiada tekanan diberikan pada unsure, tetapi spring mungkin ditambah bagi meningkatkan kepantasan memisahkan serpihan unsur.

Unsur fius mungkin dikelilingi oleh udara, atau bahan yang bertujuan mempercepatkan pemadaman gerbang elektrik. Pasir silica atau bahan penebat boleh digunakan.