Mekanik Fizik_pada_Zaman_Pertengahan_Islam

Inersia

John Philoponus telah menolak pandangan Aristotle berkenaan pergerakan, dan beliau berhujah yang sesuatu objek itu memerlukan kecenderungan untuk bergerak apabila kuasa gerakan dikenakan padanya. Pada abad ke-11, Ibn Sina telah mengambil idea ini secara kasar, mempercayai bahawa objek bergerak mempunyai daya yang menghilang oleh agen luaran seperti rintangan udara.[15]Ibn Sina membuat perbezaaan antara 'daya' dan 'kecenderungan' (disebut "mayl"), beliau mendakwa yang sesuatu objek memperolehi mayl apabila suatu objek itu bertentangan dengan gerakan asalnya. Jadi, beliau menyimpulkan bahawa keselanjaran gerakan adalah disebabkan kecenderungan yang dipindahkan ke objek, dan objek tersebut akan bergerak sehingga mayl habis digunakan. Beliau juga mendakwa bahawa projektil dalam hampagas tidak akan berhenti melainkan ia dihentikan. Konsep pergerakan ini adalah malar dengan hukum gerakan pertama Newton, inersia. Yang menyatakan bahawa suatu objek yang sedang bergerak akan berterusan bergerak sehingga dikenakan daya luaran.[16]Idea yang berbeza dengan pandangan Aristotle ini diabaikan sehinggalah ia diperihalkan sebagai "dorongan" oleh John Buridan, yang dipengaruhi oleh Buku Penyembuhan karangan Ibn Sina.[15]

Pecutan

Dalam teks Abū Rayḥān al-Bīrūnī, Bayang, beliau mengiktiraf yang pergerakan tidak seragam adalah hasil daripada pecutan.[17] Teori Ibn-Sina berkenaan mayl cuba mengaitkan halaju dan berat bagi sesuatu objek yang bergerak, idea ini sangat menyerupai konsep momentum[18] Teori pergerakan Aristotle menyatakan bahawa daya yang malat akan menghasilkan gerakan yang seragam. Abu'l-Barakāt al-Baghdādī mencanggah pendapat ini dengan menerbitkan teori gerakan beliau sendiri. Dalam teori beliau, beliau menunjukkan yang halaju dan pecutan adalah dua benda yang berbeza dan daya berkadaran dengan pecutan dan bukannya halaju.[19]

Tindak balas

Ibn Bajjah mencadangkan yang setiap daya yang dikenakan pasti akan ada daya tindak balas. Sementara beliau tidak menyatakan yang tindak balas tersebut adalah sama, ia merupakan versi awal bagi hukum gerakan ketiga iaitu bagi setiap tindakan akan ada tindak balas yang sama pada arah yang berlawanan.[20]