Teori Fizik_zarah

Fizik zarah teori mencuba mengembangkan model-model, kerangka teori, dan alat-alat matematik, untuk tujuan memahami uji-uji kaji serta membuat ramalan bagi uji-uji kaji masa depan (sila lihat juga fizik teori). Banyak usaha yang utama masih dilaksanakan dalam fizik zarah teori pada hari ini, dengan setiap usaha merangkumi berbagai-bagai aktiviti dan saling berkait.

Salah satu aktiviti utama dalam fizik zarah teori ialah percubaan untuk lebih memahami model piawai dan ujian-ujiannya. Melalui pemerolehan parameter-parameter model piawai yang lebih pasti daripada ujian-ujian, kerja ini memeriksa dengan teliti had-had model piawai dan dengan itu, telah mengembangkan pemahaman kita terhadap alam semula jadi. Usaha-usaha ini telah dirumitkan oleh pengiraan banyak kuantiti dalam kromodinamik kuantum, disebabkan sifatnya yang sukar. Sesetengah ahli teori yang melaksanakan usaha-usaha ini merujuk kepada diri sendiri sebagai ahli fenomenologi, dan mempergunakan alat-alat teori medan kuantum serta teori medan berkesan. Ahli-ahli teori yang lain mempergunakan teori medan kekisi dan menggelarkan diri sendiri sebagai ahli teori kekisi.

Lagi sebuah usaha yang utama adalah dalam pembinaan model. Pembina-pembina model ini mengembangkan idea-idea tentang sifat fizik di luar model piawai (iaitu, tentang tenaga-tenaga yang lebih tinggi atau jarak-jarak yang lebih pendek). Kerja-kerja ini seringnya didorong oleh masalah hierarki, tetapi dihadkan oleh data-data uji kajian yang sedia ada. Bidang-bidang yang terlibat dalam kerja-kerja ini termasuk supersimetri, alternatif-alternatif bagi mekanisme Higgs, dimensi-dimensi ruang tambahan (seperti model-model Randall-Sundrum), teori Preon, dan berbagai-bagai gabungan antara yang tersebut, ataupun idea-idea yang lain.

Usaha utama yang ketiga dalam fizik zarah teori ialah teori tali. Ahli-ahli teori tali mencuba membentuk satu huraian gabungan untuk mekanik kuantum dan kerelatifan am melalui sebuah teori yang berdasarkan tali-tali yang kecil serta brana-brana, dan bukannya berdasarkan zarah-zarah titik. Pelbagai model yang dimungkinkan kini boleh dilihat sebagai aspek-aspek berlainan suatu model tunggal menerusi kedualan, dan membawa kepada Teori M. Jika teori ini berjaya, teori ini boleh dianggap sebagai "Teori untuk Semua Perkara".

Terdapat juga bidang-bidang kerja yang lain dalam fizik zarah teori, dari kosmologi zarah ke graviti kuantum gelung. Pembahagian usaha-usaha ini dalam fizik zarah telah digambarkan oleh nama-nama kategori dalam arkib pra-cetak , iaitu hep-th (teori), hep-ph (fenomenologi), hep-ex (uji-uji kaji), hep-lat (teori tolok kekisi).