Flying_Tigers
Flying_Tigers

Flying_Tigers

Pasukan Sukarelawan Pertama Amerika (American Volunteer Group, AVG) dari Tentera Udara China pada tahun 1941–1942, yang digelar Flying Tigers (Harimau Terbang), terdiri daripada juruterbang-juruterbang Kor Udara Tentera Darat Amerika Syarikat (USAAC), Tentera Laut (USN), dan Kor Marin (USMC), di rekrut bawah kuasa presiden dan diperintah oleh Brigedier Jeneral Claire Lee Chennault. Lukisan muncung pesawat Flying Tigers yang berwajah ikan jerung kekal menjadi imej yang paling dikenali oleh mana-mana pesawat tempur individu atau unit tempur Perang Dunia II.Pasukan ini terdiri daripada tiga skuadron pesawat pejuang yang setiap satunya mempunyai 30 buah pesawat. Ia berlatih di Burma sebelum kemasukan Amerika kedalam Perang Dunia II dengan misi mempertahankan China daripada tentera Jepun. Pasukan sukarelawan ini secara rasminya menjadi anggota Tentera Udara China. Anggota pasukan ini mempunyai kontrak berserta gaji antara $250 sebulan bagi seorang mekanik hingga $750 sebulan bagi seorang komander skuadron, kira-kira tiga kali ganda dari apa yang mereka dapat dalam tentera A.S.. Walaupun ia menerima beberapa sukarelawan awam untuk tugas-tugas markas dan krew darat, AVG merekrut kebanyakan kakitangannya dari tentera A.S.Pasukan ini pertama kali dilihat bertempur pada 20 Disember 1941, 12 hari selepas Pearl Harbor (waktu tempatan). Ia mempamerkan kemenangan taktikal yang inovatif apabila berita di A.S. telah dipenuhi dengan sedikit sebanyak cerita kekalahan di tangan tentera Jepun, dan mencapai kejayaan yang begitu memberangsangkan semasa tempoh terawal peperangan bagi kedua-dua A.S. dan Tentera Bersekutu ibarat memberi harapan kepada Amerika agar ia dapat mengalahkan Jepun. Para juruterbang AVG mendapat kepujian rasmi, dan menerima bonus tempur, kerana memusnahkan 296 pesawat musuh, berbanding hanya kehilangan 14 juruterbang sendiri dalam pertempuran.[1] Rekod tempur AVG masih wujud dan penyelidik telah menemui yang mereka boleh dipercayai.[2] Pada 4 Julai 1942 AVG telah dibubarkan. Ia telah digantikan oleh Grup Ke-23 Pejuang dari Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat, yang kemudiannya diserapkan kedalam Tentera Udara Keempat Belas A.S. dengan Mejar Jeneral Chennault sebagai Panglima. Grup Ke-23 Pejuang terus mencapai kejayaan tempur yang sama, sambil mengekalkan lukisan muncung pesawat di bahagian depan P-40.