Sejarah Foals

Sejarah Awal

Pada mulanya ketua kumpulan Youthmovies, Andrew Mears, pada mulanya membentuk kumpulan Foals, bermain sebagai gitaris dan vokalis. Beliau muncul pada single debut kumpulan ini berjudul "Try This on Your Piano/Look at My Furrows of Worry", tetapi untuk jangkamasa yang singkat meninggalkan Foals bagi memberi tumpuan kepada Album debut kumpulan Youthmovies berjudul Good Nature.

Jack Bevan, Lina Simon dan Yannis Philippakis pada asalnya menganggotai kumpulan Rock Matematik, The Edmund Fitzgerald, yang kurang mendapat sambutan ramai. Kumpulan itu dibubarkan, sambil mengakui ia "terlalu serius" dan mereka mahu lebih "keceriaan dalam bermusik".

Walter Gervers dan Jimmy Smith adalah bekas ahli kumpulan dari Oxford bergelar Face Meets Grill. Mereka berjumpa dan membentuk kumpulan di Abingdon Boys School. Mereka membuat persembahan gigs di dalam dan sekitar Oxford, dan merakam sebuah EP di Kingston upon Hull. Selepas bermain di Truck Festival pada 2004 mereka berpecah untuk membina kerjaya dan haluan masing-masing.

Gitaris Jimmy Smith adalah satu-satunya anggota kumpulan Foals yang telah menamatkan pengajian ijazah di Hull University: setiap seorang dari ahli kumpulan Foals telah berhenti dari pengajian apabila mereka mula menandatangani kontrak bersamaTransgressive Records dengan Ben Mackereth.


Pengaruh musik kumpulan ini bervariasi, Mereka mendapat inspirasi dari band-band terdahulu seperti New Wave dan Talking Head dan mencampur aduk pelbagai jenis aliran musik dalam lagu mereka. Mereka gemar menambah elemen tekno, elektronik dan dansa bersama Indie-Rock dalam sesebuah lagu.

Pada awal 2007, kumpulan ini mengeluarkan single Hummer dan Mathletics, kedua-duanya di produce oleh Gareth Parton.[2] "Hummer" later featured on the Channel Four teen drama Skins.

Antidotes

Pada musim panas tahun 2007 Foals mula menghasilkan album debut mereka di New York. Ianya di produce oleh Dave Sitek dari TV On The Radio. Bagaimanapun, kumpulan itu membuat keputusan untuk menjalankan proses Mix sendiri, Mengakui bahawa Sitek membuat master copy album tersebut berbunyi seperti "ia dirakam di Grand Canyon".[3] Yannis menyatakan dibanyak temuramah bahawa kumpulan Foals dan Dave Sitek mempunyai hubungan baik, walaupun cetakan album yang dihasilkan Sitek telah ditolak oleh Foals. Foals mengeluarkan Album debut mereka, berjudul Antidotes, pada 24 Mac 2008 di UK dan 8 April 2008 di AS. Album berjaya secara komersil di United Kingdom, berada di posisi No. 3 di UK Albums Charts.[4] Mereka juga mendapat kejayaan berskala kecil di negara lain, berada dalam carta di Jepun, Perancis and Belanda.

Total Life Forever

Pada bulan Ogos 2009, Foals memulakan rakaman album kedua mereka di Svenska Grammofon Studion, Gothenburg, Sweden. Album berjudul, Total Life Forever itu, disifatkan oleh ahli kumpulan mereka sebagai "tropical prog" dan "seperti mimpi seekor helang yang mati".[5] Kumpulan itu menyifatkan album kedua mereka sebagai "Sangat kurang funk" dari apa yang telah mereka rancangkan sebelumnya.[petikan diperlukan] Album itu dihasilkan oleh Luke Smith. Tajuk album itu diambil sempena teori Ray Kurzweil berkenaan technological singularity. Ketua kumpulan, Yannis Philippakis telah lama berminat dalam futurology, ini dinyatakan dalam beberapa lagu didalam album Total Life Forever.[6]

Pada 1 Mac 2010, single promosi berjudul "Spanish Sahara" dimainkan untuk pertama kalinya di Zane Low's show Radio 1. "Spanish Sahara" muncul di trailer siri TV musim ketujuh Entourage, musim keempat siri Skins, dan TV siri Outcasts. Ia juga digunakan sebagai runut soundtrack musim kedua drama stesyen TV E4 Misfits. Ia dikeluarkan sebagai single fizikal penuh pada september 2010.

Album ini tercalon untuk Anugerah Mercury Prize 2010.[7] Didalam temuramah bersama majalah dalam talian Coup De Main, Jimmy Smith menyatakan bagaimana kumpulan itu hidup bersama ketika dan selepas konsert jelajah – menuju ke Australia untuk merakam demo untuk Album mereka bersama. "Ia seperti membuat perjalanan bersama ahli keluarga, Sungguh Indah".[8]

Holy Fire

Pada 19 Oktober 2012, Foals mengumumkan di laman Facebook judul album terbaru mereka adalah Holy Fire.[9] Pada 26 Oktober 2012 Holy Fire diumumkan bakal dikeluarkan di Britain pada 11 Februari 2013. Single pertama album itu berjudul "Inhaler" telah dimainkan diradio pertama kalinya pada 5 November 2012. Mereka memainkan lagu "My Number" pertama kalinya di rancangan Later... with Jools Holland, dan turut akan dimuatkan di album ini.

Pada lewat bulan November hingga pertengahan Disember, Foals menjelajah seluruh UK bagi promosi previu album itu.

Rujukan

WikiPedia: Foals http://musicfeeds.com.au/tv/foals-interview/#title http://www.ultratop.be/nl/showinterpret.asp?interp... http://exclaim.ca/articles/multiarticlesub.aspx?cs... http://www.billboard.com/artist/302268/foals/chart... http://www.clashmusic.com/feature/blood-sweat-and-... http://coupdemainmagazine.com/ http://coupdemainmagazine.com/music/interviews/283... http://www.discogs.com/artist/Foals http://www.facebook.com/Foalsforever/posts/1015109... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac...