Tayangan Forrest_Gump

Penerimaan kritis

Filem ini menerima ulasan positif. Laman web Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 72% pengkritik memberikan filem ini ulasan positif berdasarkan 81 ulasan.[11] Di laman web Metacritic, filem ini mendapat rating 82/100 berdasarkan 19 ulasan daripada pengkritik.[12] CinemaScore melaporkan bahawa penonton memberikan filem ini gred "A+".

Filem ini telah dipuji oleh beberapa pengkritik termasuk Roger Ebert dari Chicago Sun-Times,[13] Todd McCarthy dari Variety,[14] Anthony Lane dari The New Yorker[15] dan Owen Gleiberman dari Entertainment Weekly.[16] Pengkritik mempunyai pandangan bercampur terhadap karakter utama. Gump telah dibandingkan dengan pelbagai karakter dan individu termasuk Huckleberry Finn, Bill Clinton dan Ronald Reagan.[17][18][19]

Box office

Dihasilkan dengan bajet $55 juta, Forrest Gump dibuka di 1,595 teater semasa minggu pertama tayangan domestik dan mengutip $24,450,602.[1] Filem ini mendudki tempat pertama dalam box office mingguan, berjaya mengalahkan The Lion King yang berada pada minggu keempat tayangan.[1] untuk sepuluh minggu pertama tayangan, filem ini menduduki tempat pertama dalam box office.[20] Filem ini kekal di teater selama 42 minggu, mengutip $329.7 juta di Amerika Utara, menjadikan ia filem dengan kutipan keempat tertinggi pada masa itu (di belakang E.T. the Extra-Terrestrial, Star Wars Episode IV: A New Hope dan Jurassic Park).[20][21]

Filem ini mengambil masa 66 hari untuk melepasi $250 juta dan merupakan filem Paramount terpantas untuk melepasi $100 juta, $200 juta dan $300 juta di box office.[22][23][24] Filem ini mengutip $329,694,499 di Amerika Utara dan $347,693,217 di pasaran antarabangsa dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $677,387,716.[1]

Anugerah

Filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik. Filem ini dicalonkan untuk tujuh Anugerah Golden Globe dan berjaya memenangi tiga: Pelakon Lelaki Terbaik – Filem Drama, Pengarah Terbaik – Filem dan Filem Terbaik – Drama. Filem ini juga dicalonkan untuk enam Anugerah Zuhal dan memenangi dua untuk Filem Fantasi Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem).

Pada bulan Disember 2011, Forrest Gump dipilih untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan.[25]

Rujukan

WikiPedia: Forrest_Gump http://www.accessatlanta.com/atlanta-movies/forres... http://www.allmovie.com/work/131221 http://bobspoetry.com/Bobs01Fe.pdf http://www.boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/fastest.htm?p... http://www.boxofficemojo.com/alltime/fastest.htm?p... http://www.boxofficemojo.com/alltime/fastest.htm?p... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=forrestgum... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=weekend&... http://www.ew.com/ew/article/0,,299341,00.html