Kerjaya Forteen

2014 - 2015 : Konsert 20Forteen, Singles Dikau Saja & Linangan Terakhir.

Syarikat rakaman Forteen iaitu KRU Music mengumumkan bahawa kumpulan ini bakal menganjurkan konsert buat pertama kalinya pada 29 Mac 2014 bagi .menghargai peminat mereka [1] [2]. Namun, pihak menganjur telah menunda konsert tersebut kepada tarikh baharu iaitu 26 April 2014 bagi menghormati kejadian MH370 yang menimpa negara baru - baru ini [3] [4].

Selepas menunda konsert tersebut, Forteen akhirnya mengadakan konsert 20Forteen yang bertempat di Kl Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail pada 29 April 2014 [5]. Konsert yang diadakan buat julang kalinya berjaya menarik peminat seramai 1,000 orang. Sebanyak 18 buah lagu disampaikan dalam konsert hampir dua jam itu yang antaranya ialah Berdua Bersatu, Ketika Ini, Treasure, Seperti Dulu, Dikau Saja, Untuk Sahabat, Pencuri, Nakal, Laksamana Raja Di Laut, Bila Rindu, Jangan Lafazkan, hati Terluka dan Kita.

Dalam pada itu, menerusi segmen khas memperingati golongan-golongan kurang berkemampuan, Forteen telah menyampaikan lagu Dikau Saja diiringi dengan klip video mereka melawat Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat, Taman Megah dekat sini.

Secara keseluruhannya, konsert Kita 20Forteen membuktikan kumpulan itu bukan sekadar menjual rupa semata-mata tetapi sekali gus menaik taraf kerjaya nyanyian mereka yang selama ini diragui terutamanya kemampuan mereka dalam menyanyikan lagu secara langsung. [6]

Pada tahun 2015, Kumpulan Forteen kembali dengan single berjudul Linangan Terakhir yang menceritakan tentang kisah percintaan yang terputus tengah jalan. Single ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh peminat Forteen di seluruh Malaysia. [7]

2016 : Teater dan Single terbaru Dekat Tapi Jauh

Ahli kumpulan Forteen iaitu Ariz, Izzue dan Ameer akan berlakon dalam teater Ombak Rindu yang bakal dipentaskan 22 April sehingga 1 Mei 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Teater arahan Aris Kadir ini bakal dibintangi juga oleh Keith Foo, Uqasha Senrose dan ramai pelakon lain lagi. [8] [9]

Kumpulan Forteen mengumumkan mereka akan mengeluarkan single terbaru berjudul Dekat Tapi Jauh [10] [11] [12] pada 21 Februari 2016 dan lagu ini juga akan menjadi OST bagi drama TV3 berjudul Mr Boss Miss Stalker.

2017 - 2018 : Single terbaru & Gegar Vaganza 5

Kumpulan Forteen mengumumkan akan mengeluarkan single terbaru bertajuk Apa Ini Cinta yang akan mula diperdengarkan kepada peminat pada 13 Februari 2017.[13] [14] Lagu ini mengisahkan tentang perasaan seseorang yang masih lagi keliru dalam perhubungannya di mana beliau merasa ragu-ragu adakah perasaannya itu sebenarnya cinta atau hanyalah bertepuk sebelah tangan. Selain itu, lagu ini juga akan dijadikan lagu tema untuk drama yang bertajuk ‘Menanti Februari’ lakonan Zul Ariffin, Fatiya Latiff & Afiq Muiz arahan Ayie Mustafa hasil terbitan Sha’s Media Sdn Bhd yang akan dimainkan di Slot Samarinda TV3 bermula pada 27 Mac 2017 nanti. [15]

Rujukan

WikiPedia: Forteen http://www.budiey.com/dekat-tapi-jauh/ http://www.budiey.com/forteen-gigih-promosi-lagu-l... http://www.budiey.com/kejutan-forteen-buat-peminat... http://www.budiey.com/muzik-video-terbaru-forteen-... http://www.joox.com/node/ms_my/playranking?&backen... http://www.rafzantomomi.com/2016/02/lirik-dekat-ta... http://www.rotikaya.com/forteen-anjurkan-konsert-k... http://www.era.fm/Mobile/Carta/ERA-fm/Carta-ERA-40 http://www.sinar.fm/Zon-Interaktif/Hiburan/Haluu-B... http://forteenofficialsite.blogspot.my/