Fosfofruktokinase_1
Fosfofruktokinase_1

Fosfofruktokinase_1

Fosfofruktokinase-1 (PFK-1, EC 2.7.1.11) adalah salah satu enzim kawal atur yang paling penting dalam glikolisis. Ia adalah enzim alosterik yang diperbuat daripada 4 subunit, dan dikawal oleh banyak pengaktif dan perencat. PFK-1 memangkinkan langkah penting glikolisis "komited", yakni langkah ketiga: penukaran fruktosa 6-fosfat dan ATP kepada fruktosa 1,6-bisfosfat dan ADP. Glikolisis ialah asas respirasi, kedua-dua jenis anaerobik mahupun aerobik. Oleh kerana fosfofruktokinase (PFK) memangkinkan fosforilasi yang bergantung kepada ATP untuk menukar fruktosa-6-fosfat kepada fruktosa 1,6-bifosfat dan ADP, ia merupakan salah satu langkah pengawalseliaan utama glikolisis. PFK mampu mengawal glikolisis melalui perencatan alosterik, dan dengan cara ini, sel boleh meningkatkan atau mengurangkan kadar glikolisis sebagai tindak balas kepada keperluan tenaga sel. Sebagai contoh, nisbah ATP kepada ADP yang tinggi akan menghalang PFK dan glikolisis. Perbezaan utama antara kawal atur PFK dalam eukariot dan prokariot ialah dalam eukariot PFK diaktifkan oleh fruktosa 2,6-bifosfat. Tujuan fruktosa 2,6-bifosfat adalah untuk menggantikan perencatan ATP, sekali gus membolehkan eukariot mempunyai kepekaan yang lebih besar terhadap kawal atur oleh hormon seperti glukagon dan insulin.

Rujukan

WikiPedia: Fosfofruktokinase_1 http://priam.prabi.fr/cgi-bin/PRIAM_profiles_Curre... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16105823 //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22995305 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?db=p... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?db=p... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/protein?term=2.7.1.11%... http://www.genome.ad.jp/dbget-bin/www_bget?enzyme+... http://biocyc.org/META/substring-search?type=NIL&o... http://www.brenda-enzymes.org/php/result_flat.php4... //doi.org/10.1016%2Fj.bbrc.2012.09.024