Fragmen
Fragmen

Fragmen

Fragmen (Tulisan Jawi: فراڬمن) ialah album studio ke-16 dan album bahasa Melayu ke-15 oleh penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. Album ini dilancarkan pada 30 Jun 2014 secara fizikal oleh Universal Music Malaysia dengan kerjasama syarikat milknya, Siti Nurhaliza Productions. Secara liriknya, kebanyakan lagu dalam album ini adalah berdasarkan kehidupan dan pengalamannya. Pembikinan album ini telah menyaksikan kerjasama antara penggubah, penulis lirik dan penerbit dari Malaysia dan Indonesia.Fragmen mempertaruhkan empat single untuk pasaran Malaysia, "Lebih Indah", "Jaga Dia Untukku", "Terbaik Bagimu" dan "Seluruh Cinta". Pada 2014, “Lebih Indah” menerima dua pencalonan di Anugerah Muzik Dunia 2014 menerusi kategori Lagu Terbaik Dunia dan Video Muzik Terbaik Dunia. Pada 17 Oktober 2014, “Lebih Indah” melayakkan Siti memenangi kategori Artis Terbaik (Wanita) dan Lagu Terbaik (Malaysia) di Anugerah Planet Muzik 2014. Pada 21 Oktober, Fragmen dan single-singlenya telah dicalonkan dalam enam kategori berlainan di Anugerah Industri Muzik. Pada 6 Disember, “Lebih Indah” dan Fragmen juga melayakkan beliau memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) dan Album Terbaik di anugerah yang sama. Kemenangannya untuk “Lebih Indah” menandakan kali ke-12 Siti memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita).[4]Album ini telah dilancarkan secara rasminya di Indonesia pada 21 Oktober 2014. Runut tambahan, sebuah lagu duet bersama Cakra Khan, “Seluruh Cinta” telah dilancarkan sebagai single pertama album ini untuk pasaran Indonesia pada hari yang sama.Sehingga 27 Ogos 2014, album ini telah menerima pengiktirafan Platinum selepas dipasarkan sebanyak 10,000 salinan. Lebih kurang 3 bulan kemudian, Fragmen dianggarkan telah dijual sekitar 50,000 salinan.

Rujukan

WikiPedia: Fragmen http://www.astroawani.com/budget/news/show/siti-nu... http://www.astroawani.com/news/show/apm-2014-siti-... http://www.budiey.com/konsert-dato-siti-nurhaliza-... http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-kini-bersama-... http://news.getmusicasia.com/2014/05/04/dato-siti-... http://gilamuzik.com/2014/10/siaran-media-terbaik-... http://musik.kapanlagi.com/berita/album-fragmen-si... http://musik.kapanlagi.com/berita/siti-nurhaliza-p... http://mediahiburan.karangkraf.com/memang-hot/peny... http://mediahiburan.karangkraf.com/penyanyi-malays...