Francisco_Franco

Jeneral Francisco Paulino Hermenegildo Teódulo Franco Bahamonde (4 Disember 1892 - 20 November, 1975) merupakan Ketua Negara (Jefe del Estado) Sepanyol dari Oktober 1936 hingga kematiannya pada 1975.Sebagai seorang berfahaman haluan kanan politik, Franco secara tidak langsung telah memberikan bantuan kepada Hitler dan Mussolini dalam Perang Dunia Kedua. Tindakan ini menyebabkan Sepanyol dipulaukan oleh warga dunia selepas perang itu. Namun, beliau telah menjalin hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Perikatan ini bertujuan menghapuskan rejim komunis di Eropah.