Pemerintahan Francisco_Franco

Rencana utama: Sepanyol rejim Franco

Franco diiktiraf sebagai ketua negara Sepanyol oleh Britain dan Perancis pada bulan Februari 1939. Pada 26 Julai 1947, Franco mengisytiharkan Sepanyol sebagai sebuah kerajaan semula namun tidak menetapkan pewaris takhta demi meredakan keadaan antara puak-puak pendokong raja dalam Movimiento Nacional (baik dari puak Carlos mahupun Alfonso). Beliau tetap menggelarkan diri sebagai seorang "raja de facto seumur hidup", sehingga mengamalkan adat-adat yang seakan digunakan Raja Sepanyol sebelumnya.

Dekolonisasi

Setelah Maghribi Perancis merdeka pada 1956, Franco menyerahkan hampir semua kawasan jajahan Sepanyol yang berjiranan kepada Mohammed V. Mohammed V menjajah Sahara Sepanyol setahun selepas itu dalam Perang Ifni. Maghribi akhirnya dapat menguasai semua bekas jajahan Sepanyol di gurun Sahara setelah Maraan Hijau tahun 1975.

Jajahan Guinea Khatulistiwa dimerdekakan Franco atas desakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1968,[2] eksklaf Ifni dikembalikan kepada Maghribi pada tahun berikutnya.