Biografi Frank_Leigh

Dilahirkan di London pada 1876, Leigh menetap di Hollywood dan menjadi bintang semasa era filem senyap. Selepas kemunculan filem suara, perananan beliau dalam filem semakin berkurang. Pada penghujung 1930-an, kesemua filem yang dilakonkannya tidak memberi kredit kepada dirinya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1948 di Los Angeles.