Franz_Beckenbauer
Franz_Beckenbauer

Franz_Beckenbauer

Franz Anton Beckenbauer (Sebutan bahasa Jerman: [fʁant͡s ˈbɛkənˌbaʊ̯ɐ]; lahir 11 September 1945) merupakan bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman. Beliau digelar Der Kaiser ("Maharaja") kerana gaya permainan dan kepimpinannya di atas padang serta nama depannya, "Franz" mengingatkan kepada Maharaja Austria. Beliau dianggap salah satu pemain bola sepak terhebat dalam sejarah bola sepak.[1][2] Seorang pemain yang serba boleh memulakan kariernya di posisi pemain tengah namun Beckenbauer mencipta namanya sebagai pertahanan. Beliau sering dianggap sebagai pencipta posisi sweeper moden atau dikenali sebagai libero.[3]Dua kali diumumkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah, Beckenbauer beraksi sebanyak 103 perlawanan buat Jerman Barat dan tampil dalam tiga edisi Piala Dunia. Beliau bersama Mário Zagallo dari Brazil, kedua-duanya meraih Piala Dunia sebagai pemain dan pengurus. Beckenbauer meraih trofi Piala Dunia sebagai kapten pasukan pada tahun 1974 dan sebagai pengurus pada 1990. Selain itu, beliau turut merangkul trofi Kejohanan Eropah di peringkat antarabangsa dan Piala Eropah di peringkat kelab dan kedua-duanya pencapaian tersebut sebagai kapten pasukan. Beliau disenaraikan ke dalam "Pasukan Dunia Abad ke-20" pada tahun 1998, "FIFA World Cup Dream Team" pada tahun 2002 dan FIFA 100 pada tahun 2004 iaitu kalangan pemain bola sepak terhebat.[4][5]Di peringkat kelab bersama Bayern Munich, Beckenbauer meraih Piala Pemenang UEFA pada tahun 1967 dan tiga kejuaraan Piala Eropah berturut-turut dari tahun 1974 hingga 1976. Selepas bersara, beliau menjadi pengurus dan presiden Bayern Munich. Selepas dua tempoh bersama New York Cosmos, beliau diserap ke dalam "National Soccer Hall of Fame" Amerika Syarikat.Pada hari ini, Beckenbauer kekal sebagai tokoh dalam bola sepak Jerman bahkan di peringkat antarabangsa. Beliau berjaya membawa Jerman memenangi bidaan tuan rumah Piala Dunia 2006 dan mengetuai jawatankuasa penganjur. Beliau kini bekerja sebagai pundit untuk Sky Deutschland dan kolumnis untuk akhbar Bild.

Franz_Beckenbauer

1964 Belia Jerman Barat
1965 Jerman Barat B
1983 New York Cosmos
1996 Bayern Munich
1980–1982 Hamburger SV
1965–1977 Jerman Barat
Tarikh lahir (1945-09-11) 11 September 1945 (umur 74)
1984–1990 Jerman Barat
1977–1980 New York Cosmos
1951–1959 SC München von 1906
1993–1994 Bayern Munich
1964–1977 Bayern Munich
1990–1991 Marseille
1959–1964 Bayern Munich
Nama penuh Franz Anton Beckenbauer
Posisi permainan Sweeper
Tahun Pasukan
Tempat lahir Munich, Jerman
Ketinggian 1.81 m (5 ka ​11 5⁄16 in)

Rujukan

WikiPedia: Franz_Beckenbauer http://www.sportsnet.ca/soccer/world-cup-2014/1978... http://www.fifa.com/mm/document/fifafacts/r&a-awar... http://www.fifa.com/u20womensworldcup/news/y=2007/... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.goldenfoot.com/legends.php?l=en http://www.ifhof.com/hof/beckenbauer.asp http://www.planetworldcup.com/LEGENDS/beckbaur.htm... http://www.rsssf.com/miscellaneous/fifa-xi.html http://www.soccerway.com/players/franz-beckenbauer... http://www.uefa.com/news/newsid=2050865.html