Franz Anton Beckenbauer (Sebutan bahasa Jerman:
[fʁant͡s ˈbɛkənˌbaʊ̯ɐ]; lahir 11 September 1945) merupakan bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman. Beliau digelar Der Kaiser ("Maharaja") kerana gaya permainan dan kepimpinannya di atas padang serta nama depannya, "Franz" mengingatkan kepada
Maharaja Austria. Beliau dianggap salah satu pemain bola sepak terhebat dalam sejarah bola sepak.
[1][2] Seorang pemain yang serba boleh memulakan kariernya di posisi
pemain tengah namun Beckenbauer mencipta namanya sebagai
pertahanan. Beliau sering dianggap sebagai pencipta posisi sweeper moden atau dikenali sebagai libero.
[3]Dua kali diumumkan sebagai
Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah, Beckenbauer beraksi sebanyak 103 perlawanan buat
Jerman Barat dan tampil dalam tiga edisi
Piala Dunia. Beliau bersama
Mário Zagallo dari Brazil, kedua-duanya meraih Piala Dunia sebagai pemain dan pengurus. Beckenbauer meraih trofi Piala Dunia sebagai kapten pasukan pada tahun
1974 dan sebagai pengurus pada
1990. Selain itu, beliau turut merangkul trofi
Kejohanan Eropah di peringkat antarabangsa dan
Piala Eropah di peringkat kelab dan kedua-duanya pencapaian tersebut sebagai kapten pasukan. Beliau disenaraikan ke dalam "
Pasukan Dunia Abad ke-20" pada tahun 1998, "
FIFA World Cup Dream Team" pada tahun 2002 dan
FIFA 100 pada tahun 2004 iaitu kalangan pemain bola sepak terhebat.
[4][5]Di peringkat kelab bersama
Bayern Munich, Beckenbauer meraih
Piala Pemenang UEFA pada tahun 1967 dan tiga kejuaraan Piala Eropah berturut-turut dari tahun 1974 hingga 1976. Selepas bersara, beliau menjadi pengurus dan presiden Bayern Munich. Selepas dua tempoh bersama
New York Cosmos, beliau diserap ke dalam "
National Soccer Hall of Fame" Amerika Syarikat.Pada hari ini, Beckenbauer kekal sebagai tokoh dalam bola sepak Jerman bahkan di peringkat antarabangsa. Beliau berjaya membawa Jerman memenangi bidaan tuan rumah
Piala Dunia 2006 dan mengetuai jawatankuasa penganjur. Beliau kini bekerja sebagai pundit untuk
Sky Deutschland dan kolumnis untuk akhbar
Bild.