Frederick_Bianchi,_Duke_Casalanza
Frederick_Bianchi,_Duke_Casalanza

Frederick_Bianchi,_Duke_Casalanza

Frederick Bianchi, Duke Casalanza (nama penuh: Vincenzo Federico Bianchi; 1 February 1768[1]—August 18, 1855[2]), ialah seorang Jeneral dan kemudiannya Fil Marsyal Empayar Austria. Dilahirkan di Vienna, beliau merupakan lulusan dari Akademi Kejuruteran Imperial di Vienna[3]. Pada tahun 1788, beliau dinaikkan pangkat ke jawatan leftenan Muda dalam tentera Slavonia dan berkhidmat dengan cemerlang ketika pengepungan Bubitza.[4] Beliau dilantik menjadi kapten selepas pengepungan Valenciennes pada tahun 1793.[5] Beliau ditugaskan di Itali pada tahun 1796 sebagai pegawai staf di bawah arahan Dagobert Sigmund von Wurmser. Beliau berjaya menawan pembantu peribadi Joachim Murat di Brescia. Ketika memimpin enam batalion rejimen Lusignan ketika pertempuran Rivoli, beliau berjaya ditawan musuh, namun dibebaskan atas perminataan Jeneral József Alvinczi[6].Pada tahun 1799, sebagai leftenan Kolonel, beliau menjadi atase kepada Archduke Ferdinand, yang diikuti oleh Archduke Charles ketika kempen di Jerman dan Switzerland.[7] Beliau dinaikkan ke jawatan kolonel dalam masa 3 bulan, seterusnya memimpin rejimen ke-48 infantri Hungary. Pada tahun 1804, beliau berjaya mematahkan pemberontakan di Cattaro, di pesisir Dalmatia.[8].Beliau dijadikan ajutan-Jeneral selepas kempen di Jerman dan memimpin rejimen ke-48 sehingga tahun 1807, apabila beliau dinaikkan ke jawatan brigadier Jeneral.[9] Pada tahun 1808, beliau mengahwini Friederike Liebetrau von Maixdorf (1780-1838).[10]Dari 3 hingga 5 Jun 1809, beliau menghadapi Marsyal Davout, mematahkan cubaannya menguasai kubu jambat di Danube berhampiran dengan Pressburg, dan dianugerahkan Military Cross of Maria Theresa.[11] Beliau kemudiannya dijadikan leftenan Jeneral dengan rejimen infantri no.63 sebagai rejimen peribadinya, dan sebagai pemeriksa infantri di Hungary.[12]. Pada tahun 1813, beliau memimpin divisyen pertama tentera Karl Philip dari Schwarzenberg, mengambil bahagian[13] dalam kempen di Rusia.[14]. Pada tahun 1813, beliau meletakkan divisyennya dan cuba menyerang pintu Freyburg, Dresden, sebelum diserang balas oleh Napoleon[15]. Beliau berjaya membuktikan kemampuan beliau dalam pertempuran Leipzig dan kemudiannya dianugerahkan Cross of Saint-Georges oleh Tsar Alexander I[16]. Pada tahun 1814, beliau memimpin satu kor tentera darat yang terlibat dalam beberapa pertempuran di sekitar Moret-sur-Loing. Beliau kemudiannya dihantar ke Dijon untuk menghentikan kemaraan Marshal Augereau, namun dikalahkan pada 11 March 1814 dan terpaksa berundur ke Saint-Symphorien berhampiran Mâcon. Pada tahun 1815, beliau dihantar ke Itali dengan kekuatan 20,000 orang untuk menghalang Raja Naples Joachim Murat dari menakluki Itali dalam Perang Neapolitan.[17] Beliau memimpin sendiri satu kor; sementara yang lain dipertanggungjawabkan kepada Adam Albert von Neipperg. Beliau mencapai kemenangan besar ke atas Murat dalam Pertempuran Tolentino, memberikan beliau gelaran Duke Casalanza[18] dari Ferdinand I dari Dua Sicily dan juga kenaikan pangkat ke jawatan Fil Marsyal.[19].Beliau kemudiannya bersara pada tahun 1824 dan menjalani kehidupan yang sederhana di sebuah ladang di Mogliano Veneto yang dibeli pada 1821; di situ beliau memulakan ladang-ladang anggur yang sehingga kini masih mengekalkan nama beliau. Beliau menjadi terkenal semula pada tahun 1848, apabila revolusi meletus di kawasan Habsburg dan beliau ditangkap dan dipenjarakan kerana dianggap sebagai musuh dari kerajaan Austria. Dua bulan kemudian, tentera imperial Austria menawan semula kawasan tersebut dan membebaskan Duke Bianchi.[20].Bianchi meninggal dunia di Sauerbrunn berhampiran Rogateč, Styria di mana beliau pindah buat sementara waktu untuk mengelak epidemik kolera yang melanda Mogliano; jasadnya disemadikan di villanya pada tahun 1864[21].