Frederick_II,_Maharaja_Suci_Rom
Frederick_II,_Maharaja_Suci_Rom

Frederick_II,_Maharaja_Suci_Rom

Frederick II dari Hohenstaufen ( 26 Disember, 1194 – 13 Disember, 1250) adalah Maharaja Suci Rom (Raja Rom) sejak pertabalan paus beliau pada tahun 1220 sehingga kematian; beliau juga merupakan seorang penuntut takhta Raja Rom bermula pada tahun 1212 dan pemegang yang tidak dicabar bagi keberajaan ini bermula 1215. Oleh yang demikian, beliau adalah Raja Jerman, Itali, dan Burgundy. Semasa berumur tiga tahun, beliau ditabalkan sebagai Raja Sicily, yang tidak diragui menjadi haknya; ibu beliau Constance, adalah anak perempuan bagi Roger II dari Sicily. Gelaran diraja lain beliau adalah Raja Jerusalem di sebabkan perkahwinan dan hubungan beliau dalam Perang Salib Keenam.Empayar beliau sering terlibat dengan negeri-negeri Kepausan, dan demikian beliau telah dikucilkan dua kali dan sering kali difitnah dalam babab pro-kepausan pada ketika itu. Paus Gregory IX memanggil beliau sebagai Anti Kristian.Beliau terkenal pada zamannya sebagai Stupor mundi ("keajaiban dunia") dan dikatakan boleh bertutur enam bahasa: Latin, Sicily, Jerman, Perancis, Greek dan Arab.[1] Mengikut standard pada masa itu, Frederick merupakan seorang penanung luar biasa yang sangat menggemari akan sains dan seni.