Keputeraan Frederick_II_dari_Prusia

Baginda diputerakan pada 24 Januari 1712 hasil perkahwinan Frederich Wilhelm I dari Prusia dan Sophia Dorothea. Ayahnya, Frederick William I merupakan Tentera Raja yang membina satu pasukan yang sangat cekap dan perkhidmatan awam yang cekap, baginda mahu anaknya menjadi seorang yang terpelajar seperti orang biasa dan bukannya sebagai seorang anak raja.

Semasa zaman kanak-kanak, Frederick II menunjukkan minatnya yang mendalam dalam bidang kesusasteraan bahasa Perancis, sajak, falsafah dan muzik Itali. Namun begitu, ayahnya tidak bersetuju dengan minat anaknya kerana baginda mahukan anaknya melakukan sesuatu kemahiran yang lebih sesuai untuk orang lelaki seperti jurusan ketenteraan, memburu dan berkuda. Frederich tegas pendiriannya walaupun masih muda dan tidak bersetuju dengan permintaan ayahnya. Ayahnya telah memarahinya dan memukulnya sehingga lebam. Semasa berumur 18 tahun, Frederick II hendak melarikan diri ke England dengan kawannya tetapi telah ditangkap.

Baginda telah berkahwin dengan Elizabeth Christine dari Braunschweig-Bevern. Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak membawa kegembiraan dan mereka tidak mempunyai anak.