Pemerintahan Frederick_II_dari_Prusia

Ayahandanya mangkat pada 31 Mei 1740 dan Frederick II telah menjadi Raja Prussia.[1] Pada ketika ini, kawasan yang mendapat pengaruh kerajaan Prusia terdiri daripada beberapa kawasan bertaburan di barat Empayar Rom Suci termasuk Kleve, Mark dan Ravensberg; the west of the [./https://en.wikipedia.org/wiki/Holy_Roman_Empire Holy Roman Empire]; Brandenburg, Vorpommern dan Hinterpommern di timur empayar tersebut serta Kerajaan Prusia yang bersempadan dengan Komanwel Poland–Lithuania. Frederich berhasrat mahu menyatukan kesemua kawasan ini dalam satu unit yang seragam serta banyak menggunakan sumber dan pengaruh ayahnya untuk mengukuhkan negaranya itu.

Kegiatan peperangan

Frederick telah terlibat dengan banyak peperangan dengan negara Austria dan di antara yang paling terkenal adalah Peperangan Warisan Austria (1740-1748), Perang Tujuh Tahun (1756-1763) dan Perang Warisan Bavaria pada tahun 1778. Baginda telah mengetuai pasukan tenteranya di hadapan, sebagai seorang panglima tentera.baginda sememangnya handal sebagai pelaksana dan perancang strategi peperangan. Perancangan operasinya tiada sebarang masalah dan begitu sempurna sekali.

Pembaharuan Prusia

Frederick bekerja keras ke arah pertumbuhan ekonomi dan untuk membangunkan Prussia serta menjadikannya sebuah negara yang baru dan kuat dari segi politik. Baginda mengenakan tarif tinggi yang melindungi industri dalam kerajaan baginda serta mengurangkan sekatan perdagangan dalam negeri.[2] Pada tahun 1781, baginda memonopolikan penghasilan dan perdagangan kopi sehingga melantik askar yang cacat akibat perang sebagai pengintip mengesan sebarang barangan kopi haram sehingga menyusahkan rakyat jelata.[3]

Baginda turut membuat pembaharuan kepada sistem kehakiman, melonggarkan peraturan media sehingga mengalakkan kebebasan bersuara dan akhbar. Hampir semua hukuman seksa ke atas tahanan turut dimansuhkan baginda kecuali hukuman pukulan kuras untuk askar-askar yang melarikan diri. Baginda juga mengalakkan rakyat kebanyakan menganggotai badan kehakiman dan jawatan kanan kerajaan. Willian L. Langer, seorang sejarawan Amerika Syarikat, mendapati kesemua dasar-dasar ini menjadikan sistem keadilan yang ada dalam kerajaan tersebut "paling giat dan cekap di Eropah."[4]

Baliau mengalakkan kebebasan beragama dalam kerajaannya sambil mengekalkan Gereja Protestan[5] sebagai agama rasmi kerajaan. Baginda mempunyai rasa sangsi sendiri terhadap golongan tertentu seperti penganut agama Yahudi,[6] namun baginda masih mengalakkan masyarakat tersebut serta penganut Gereja Katolik menghuni kerajaannya - perkara ini dilihat lebih progresif berbanding kerajaan-kerajaan berjiranan yang lain pada ketika itu.