Fredo_Flybaits

Alfredo Villenguez Valentino atau lebih dikenali sebagai Fredo merupakan penyanyi utama dan pemain bass Kumpulan Flybaits yang ditubuhkan sekitar tahun 1970-an di Singapura. Lagu Kenangan Lalu ciptaan sepenuhnya oleh M. Nasir (kini Datuk) telah mengangkat penyanyi berketurunan Filipina ini sebagai salah seorang artis yang bersuara emas sehingga ke hari ini. Dilahirkan dalam keluarga seni, Fredo merupakan anak saudara kepada Alfonso Soliano, bekas pengarah dan konduktor muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) suatu ketika dahulu. Beliau yang telah memeluk Islam pada tahun 1996 dengan nama Mohd Amani Abdullah juga merupakan menantu kepada seniman veteran Allahyarham Dato' Mustapha Maarof menerusi perkahwinannya dengan Suzlynna pada tahun 1996. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Adam Villenguez (lahir 1998, meninggal dunia 1999) dan Danny Villenguez.

Fredo_Flybaits

Pekerjaan Penyanyi, Pemuzik
Pasangan Suzlynna Mustapha Azahari
Anak Adam Villenguez (meninggal dunia)
Danny Villenguez
Tahun aktif 1970-an hingga kini
Pengkarya berkait Kumpulan Flybaits, The Flinstones
Nama lain Mohd Amani Abdullah
Instrumen Gitar, Bass
Syarikat rakaman Polygram Records
Warganegara Malaysia
Laman web http://instagram.com/fredo_flybaits
Saudara Allahyarham Dato' Mustapha Maarof (bapa mentua)
Alfonso Soliano (bapa saudara)
Kelahiran Alfredo Villenguez Valentino
Singapura
Genre Pop, Balada