Friedrich_Ebert
Friedrich_Ebert

Friedrich_Ebert

Friedrich Ebert (4 Februari 1871 – 28 Februari 1925) adalah seorang ahli politik dari Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD).Semasa beliau dipilih sebagai ketua SPD selepas kematian August Bebel, anggota parti sedang berpecah di sebabkan sokongan parti semasa Perang Dunia I. Ebert telah menyokong Burgfrieden dan cuba untuk mengasingkan penentang peperangan di dalam parti. Selepas perang dan berakhirnya pemerintahan monarki, beliau dipilih sebagai Presiden Jerman bermula pada tahun 1919 sehingga kematian beliau. Sebelum dipilih sebagai Presiden, beliau berkhidmat sebagai Canselor untuk satu tempoh yang singkat semasa tempoh-tempoh terakhir Empayar Jerman. Selepas beliau diumumkan sebagai Presiden baru, kerajaan bersama-sama dengan pasukan tentera darat dan golongan sayap kanan Freikorps menumpaskan pemberontakkan golongan kiri, yang mana menyebabkan kematian beberapa ahli politik sayap kiri dan menamatkan kerjasama SPD di dalam kerajaan dengan Parti Demokratik Sosial Bebas Jerman (USPD).Kematian beliau, yang mana mengakibatkan penyokong raja Paul von Hindenburg dilantik sebagai Presiden berikutnya, yang dilihat sebagai satu garis masa penting di Republik Weimar, yang berakhir tidak lama kemudian.