Frigat_kelas_Barbaros
Frigat_kelas_Barbaros

Frigat_kelas_Barbaros

Frigat kelas Barbaros merupakan antara kapal frigat termoden dalam perkhidmatan Tentera Laut Turki. Ia telah direka di Jerman dan merupakan sebahagian daripada kapal perang modular MEKO, di mana bagi kes ini dalam rekabentuk MEKO 200. Dua buah kapal telah dibina di Jerman manakala dua buah lagi di Turki dengan bantuan Jerman. Saiznya lebih besar daripada frigat kelas sebelumnya, frigat kelas Yavuz dan juga lebih laju kerana menggunakan jentera enjin CODOG.Dua buah kapal pertama (F-244 dan F-245) dikenali sebagai kelas Barbaros (MEKO 200 TN Track II-A) sementara dua buah selebihnya (F-246 dan F-247) dikenali sebagai kelas Salih Reis (MEKO 200 TN Track II-B) oleh Tentera Laut Turki. Dua buah kapal dalam kelas Salih Reis dipasang dengan sistem pelancaran menegak Mk.41 VLS, sementara pelancar Sea Sparrow pada kelas Barbaros kini digantikan dengan Mk.41 VLS, yang mana mampu untuk melancarkan peluru berpandu Evolved Sea Sparrow (ESSM).[1]