RIM-7_Sea_Sparrow
RIM-7_Sea_Sparrow

RIM-7_Sea_Sparrow

RIM-7 Sea Sparrow adalah sebuah sistem senjata anti peluru berpandu dan anti pesawat jarak dekat, lancaran kapal buatan Amerika Syarikat, dengan tujuan utamanya adalah untuk mempertahankan kapal daripada peluru berpandu anti kapal. Sistem ini dibangunkan pada awal tahun 1960an berdasarkan peluru berpandu udara ke udara AIM-7 Sparrow sebagai sebuah senjata pertahanan-titik ringan yang boleh disesuaikan dengan kapal-kapal sedia ada secepat mungkin, sering kali mengantikan senjata anti pesawat yang berasaskan meriam.Selepas kemasukkannya, sistem ini melalui pembangunan penting menjadi sistem automatik sepenuhnya menyamai sistem peluru berpandu Tentera Laut Amerika Syarikat yang lain seperti RIM-2 Terrier. Penambahbaikan yang dilakukan ke atas Sparrow dalam peranan udara ke udara mengakibatkan penambahbaikan serupa dilakukan ke atas Sea Sparrow sehingga tahun 1970an dan 80an. Selepas peranan udara ke udara diambil alih oleh AIM-120 AMRAAM, Sea Sparrow melalui beberapa proses naik taraf yag tertakluk hanya bagi peranan tentera laut. Ia kini menyerupai AIM-7 hanya dalam bentuk luaran; di mana ia kini lebih besar, pantas termasuk penjejak baharu dan sebuah sistem pelancaran yang sesuai bagi pelancaran menegak daripada kapal perang moden.Lima puluh tahun selepas pembangunannya, Sea Sparrow kekal memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan berlapis, dengan menyediakan komponen jarak dekat/sederhana terutamanya menghapuskan peluru berpandu mendakap permukaan laut.

RIM-7_Sea_Sparrow

Tempat asal Amerika Syarikat
Sistempemanduan Tujuan radar semi-aktif
Dalam perkhidmatan 1976–kini
Detonationmechanism Proximity fuzed, rod mengembang, dengan jejari membunuh 27 ka (8.2 m)
Kelajuan 4,256 km/h (2,645 mph)
Lebar sayap 3 ka 4 in (1.02 m)
Warhead Annular blast fragmentation warhead, 90 lb (41 kg)
Berat 510 lb (230 kg)
Panjang 12 ka (3.7 m)
Enjin Motor roket bahan api pepejal Hercules MK-58
Kos unit $165,400
Jarakoperasi 10 nmi (19 km)
Pengeluar Raytheon dan General Dynamics
Platformpelancaran Kapal
Diameter 8 in (20 cm)
Jenis Peluru berpandu permukaan ke udara