Fundamentalisme

Fundamentalisme adalah istilah yang boleh mempunyai banyak makna. Secara definisinya, fundamentalisme adalah satu kepercayaan berpendirian teguh kepasa satu ser prinsip-prinsip asas.[1] Pada mulanya ia digunakan untuk merujuk kepada beberapa kumpulan dalam komuniti Protestan di Amerika Syarikat pada awal kurun ke-20. Mereka ini mempunyai satu set nilai-nilai asas (fundamental). Nilai ini bertentangan dengan idea moden. Kumpulan ini berpendapat sangat penting untuk berpegang kepada kepercayaan (kitab injil). Pada hari ini, istilah ini diguna secara umum untuk merujuk kumpulan manusia yang berpegang kepada nilai-nilai (selalunya moral dan agama) walaupun nilai-nilai ini dikritik oleh ramai orang. Nilai-nilai ini mungkin tidak popular. Golongan fundamentalis zaman moden mahu kembali kepada asas-asas ideologi atau kepercayaan agama yang mereka pegang. Mereka ini selalunya sanggup menggunakan kekerasan jika perlu.