Fuwa
Fuwa

Fuwa

Fuwa (atau The Friendlies [1] Bahasa Cina: ; pinyin: Fúwá; secara harfiah ""Patung Bertuah"") ialah maskot rasmi Sukan Olimpik Beijing 2008. Mereka telah dicipta oleh Han Meilin[2] dan diumumkan sebagai maskot Olimpik tepat 1000 hari sebelum bermulanya temasya sukan oleh Persatuan Pengajian Kesusasteraan Cina Klasik Kebangsaan pada 11 November 2005. Fuwa merupakan nama kolektif untuk lima watak yang melambangkan lima unsur falsafah Cina serta lima warna logo Sukan Olimpik. Kelima-lima mereka ialah: Beibei, Jingjing, Huanhuan, Yingying dan Nini. Ketika menggabungkan lima nama itu, ayat "北京欢迎你 Běijīng huānyíng nǐ" dibentuk. Ayat ini bermaksud "Beijing menjemput anda". Dua daripada lima maskot itu, iaitu panda gergasi dan antelop Tibet merupakan spesies terancam. Siri kartun yang bertemakan Olimpik yang mempunyai 100 episod telah bersiaran di China pada 8 Ogos 2007.[3]Mereka melakukan penampilan kameo di permainan video Mario & Sonic at the Olympic Games.

Berkaitan