Sejarah GFriend

2015: Season of Glass, Flower Bud, dan kenaikan populariti

GFriend pada 2015

Pada 15 Januari 2015, GFriend mengeluarkan album mini pertama mereka, Season of Glass yang mengandungi lima buah lagu.[3] Lagu "Glass Bead" yang digubah oleh Seo Yong-bae dan Iggy menduduki tempat ke–12 di dalam carta mingguan Gaon.[4] Kumpulan ini memulakan promosi album mereka pada 16 Januari di dalam program muzik KBS, Music Bank. GFriend mengeluarkan album mini kedua mereka, Flower Bud dan video muzik untuk lagu "Me Gustas Tu" pada 23 Julai 2015.[5] GFriend memulakan promosi kumpulan pada tarikh yang sama dengan pengeluaran album iaitu pada 23 Julai 2015 di dalam M! Countdown.[6]

Kumpulan ini mendapat perhatian antarabangsa selepas video ahli GFriend meneruskan persembahan "Me Gustas Tu" walaupun terjatuh banyak kali di atas pentas licin menjadi viral pada bulan September 2015. Kumpulan ini dipuji kerana sikap profesional mereka terutamanya Yuju yang jatuh sebanyak lapan kali dan terseliuh jari semasa persembahan ini.[7] Pada 17 September 2015, GFriend sekali lagi mendapat perhatian sebagai satu-satunya kumpulan wanita untuk dicalonkan dalam kategori "Artis Korea Terbaik" di Anugerah Muzik Eropah MTV 2015.

2016: Snowflake, kemenangan muzik pertama dan LOL

Pada 25 Januari 2016, GFriend mengeluarkan album mini ketiga mereka bertajuk Snowflake bersama lagu utama, "Rough". "Rough" adalah lagu terakhir untuk melengkapkan trilogi konsep sekolah tinggi GFriend bersama "Glass Bead" dan "Me Gustas Tu". GFriend memulakan promosi untuk Snowflake pada 26 Januari di dalam program muzik SBS MTV, The Show. Pada 2 Februari, GFriend menerima kemenangan program muzik pertama mereka untuk lagu "Rough" di dalam The Show. Mereka kemudiannya memenangi empat belas anugerah di dalam rancangan muzik termasuk memenangi "triple crown" pertama mereka di dalam M Countdown, Music Bank, Show Champion dan Inkigayo. Dengan 15 kemenangan, ia meletakkan mereka di tempat kedua untuk kemenangan terbanyak bagi sesebuah kumpulan wanita dibelakang Apink yang merekodkan 17 kemenangan menerusi "Luv". Lagu "Rough" juga menduduki tempat pertama di dalam ranking separuh pertama tahun 2016 Carta Gaon.[8]

GFriend di pentas semasa KCON16 LA, pada bulan 30 Julai 2016.

Pada 15 Jun, GFriend telah diumumkan akan membintangi bersama Mamamoo di dalam musim baru Showtime. Album studio pertama kumpulan ini, LOL dikeluarkan pada 11 Julai bersama lagu utama, "Navillera".[9] Pada 19 Julai, GFriend memenangi program muzik pertama mereka untuk lagu "Navillera" di dalam The Show.[10]

2017:The Awakening dan Parallel

Pada 23 Februari 2017, Source Music mengumumkan bahawa GFriend akan membuat kemunculan kembali pada 6 Mac.[11] Pada 27 Februari 2017, tajuk album mini keempat mereka didedahkan sebagai The Awakening bersama lagu utama, "Fingertip".[12][13] Pada 1 Ogos 2017, GFriend mengeluarkan album mini kelima mereka, Parallel bersama lagu utama, "Love Whisper".[14] Pada bulan September, mereka mengeluarkan album Rainbow bersama lagu utama "Summer Rain".[15]

2018: Konsert solo pertama, Time for the Moon Night, debut Jepun, Sunny Summer, dan Memoria

GFriend memulakan tahun dengan konsert solo pertama mereka sejak debut bertajuk Season of GFriend pada 6 dan 7 Januari 2018.[16] Selepas konsert pertama mereka selesai, GFriend mengumumkan Jelajah Asia pertama mereka yang bermula di Taipei pada 28 Februari.[17] Pada 23 Februari, GFriend diumumkan telah menandatangani bersama King Records dan akan membuat debut di Jepun pada bulan Mei.[18][19] Album kompilasi debut mereka bertajuk Kyō Kara Watashitachi wa – GFriend 1st Best yang mengandugi versi Bahasa Jepun lagu "Me Gustas Tu" dijadual dikeluarkan pada 23 Mei.[20]

Pada bulan April, agensi GFriend mengesahkan bahawa kumpulan ini akan kembali pada 30 April menerusi album mini keenam mereka bertajuk Time for the Moon Night.[21] Album ini berjaya mencatat rekod baru untuk kumpulan ini dimana ia menduduki tempat teratas di dalam iTunes di 10 negara, membuat debut di tempat pertama dalam carta muat turun, album dan sosial Gaon dan lebih daripada 76,000 salinan terjual di Korea Selatan. Di dalam minggu kedua promosi album ini, GFriend memenangi enam anugerah di dalam program muzik, menjadikan "Time for the Moon Night" lagu pertama daripada tahun 2018 untuk memenangi kesemua anugerah di dalam program muzik.

Pada awal bulan Julai, ia telah diumumkan bahawa kumpulan ini akan kembali pada 19 Julai menerusi sebuah album mini istimewa musim panas bertajuk Sunny Summer yang akan mengandungi lima buah lagu baru.[22][23] Pada 2 Ogos, kumpulan ini mengumumkan semasa Summer Live in Japan bahawa mereka akan mengeluarkan single Bahasa Jepun pertama mereka bertajuk Japan 1st Single - Memoria / Yoru (Time for the Moon Night) yang mengandungi lagu "Memoria", sebuah versi Bahasa Jepun lagu "Time for the Moon Night" dan dijadual dikeluarkan pada 10 Oktober.[24]

2019: Time for Us, single Jepun, dan Fever Season

Pada 14 Januari, GFriend mengeluarkan album studio kedua mereka, Time for Us, dengan lagu single utama "Sunrise"[25][26] Time for Us menjadi album terlaris grup penjualan Korea dengan lebih dari 86.000 salinan yang dijual berdasarkan Gaon Chart.[27] Pada 13 Februari, GFriend mengeluarkan album single Jepun kedua mereka, "Sunrise (JP ver.)/La Pam Pam".[28] Pada 13 Mac, GFriend mengeluarkan album single Jepun ketiga mereka, "Flower/Beautiful".[29]

Pada 1 Julai, GFriend mengeluarkan album mini ketujuh mereka, Fever Season, dengan single utama "Fever". Album mini terdiri daripada lapan buah lagu, termasuk versi instrumental untuk single utama mereka.[30]

Rujukan

WikiPedia: GFriend http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2015/01/... http://sports.hankooki.com/lpage/entv/201607/sp201... http://koreaherald.com/view.php?ud=20160717000305 http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2018... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20160630000... http://news.kstyle.com/article.ksn?articleNo=20965... http://news.kstyle.com/article.ksn?articleNo=20983... http://entertain.naver.com/now/read?oid=082&aid=00... http://entertain.naver.com/read?oid=109&aid=000376... http://starjn.com/sub_read.html?uid=39702