GOT7
GOT7

GOT7

GOT7 (Korea: 갓세븐; makna harfiah: "Mendapat 7") merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat rakaman JYP Entertainment. Terdiri daripada JB, Mark Tuan, Jackson Wang, Park Jinyoung, Choi Youngjae, BamBam dan Kim Yugyeom. Kumpulan muzik ini dan rakan sesyarikat mereka, 5Live pertama kali muncul pada 6 September 2013 di rancangan realiti, WIN: Who is Next yang ditayangkan melalui saluran Channel M dan Channel [V]. Dua kumpulan tersebut telah bertarung dengan pelatih YG iaitu Pasukan A (Winner) dan Pasukan B.[1] Pendedahan awal tersebut menarik minat dari kalangan masyarakat internet (netizen). Pada 16 Januari 2014, GOT7 memulakan penampilan sulung rasmi mereka di rancangan muzik terbitan Mnet, M! Countdown mempromosikan dengan mempromosikan lagu "Girls Girls Girls" (Gadis Gadis Gadis).[2]