Gabungan_Jerman
Gabungan_Jerman

Gabungan_Jerman

Gabungan Jerman (Bahasa Jerman: Deutscher Bund) atau Konfederasi Jerman adalah sebuah gabungan longgar negeri-negeri di Eropah Tengah yang wujud selepas Kongres Vienna pada tahun 1815 bagi mengkoordinasikan ekonomi di negara-negara pertuturan Jerman yang berasingan. Ia bertindak sebagai penampan di antara negeri-negeri yang berkuasa iaitu Austria dan Prusia. Britain mengakui gabungan ini kerana ia beranggapkan adalah perlu sebuah negara yang kuasa yang stabil dan aman di tengah Eropah yang boleh menampan sebarang tindakan agresif oleh Perancis atau Rusia. Berdasarkan kepada Lee (1985), kebanyakan ahli sejarah menghakimi bahawa Gabungan ini adalah lemah dan tidak berkesan, selain menjadi penghalang aspirasi kepada para nasionalis Jerman. Ia runtuh di sebabkan oleh permusuhan di antara Prusia dan Austria (dikenali sebagai dualisme Jerman), satu peperangan, iaitu sebuah revolusi pada tahun 1848, dan ketidakmampuan beberapa ahli untuk bertolak ansur.[2]Pada tahun 1848, sebuah revolusi dilancarkan oleh para liberal dan nationalis gagal dalam satu cubaan untuk mewujudkan sebuah negara Jerman yang bersatu. Rundingan di antara negeri-negeri Jerman gagal pada tahun 1848, dan buat waktu yang singkat gabungan ini dibubarkan sebelum ditubuhkan semula pada tahun 1850.Pertikaian di antara dua kuasa dominan dalam gabungan ini, Austria dan Prusia, berkenaan siapa yang memegang hak untuk memerintah tanah-tanah Jerman berakhir dengan kelebihan berpihak kepada Prusia selepas Perang Austria-Prusia pada tahun 1866, dan selepas runtuhnya gabungan ini. Ini mengakibatkan penubuhan Gabungan Jerman Utara, yang mana sejumlah negeri-negeri di seltan Jerman kekal merdeka, walau bagaimanapun bersekutu dengan Austria (sehingga tahun 1867) dan kemudian dengan Prusia (sehingga tahun 1871), yang mana selepas itu mereka menjadi sebahagian daripada negara Jerman yang baru.