Sejarah Galeri_Nasional_Singapura

Perancangan

Projek membina galeri ini mula diwar-warkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaannya pada 21 Ogos 2005.[4] Pada tanggal 2 September 2006, Menteri Penerangan, Perhubungan dan Seni Dr. Lee Boon Yang secara rasmi mengumumkan pendirian Galeri Nasional Singapura selama Acara Dwitahunan Negara di Muzium Negara Singapura.[5] Kementerian Perhubungan dan Penerangansaat itu melanjutkan implementasi proses yang dirancang untuk memungkinkan para pemangku kepentingan dan pihak yang tertarik untuk menyumbangkan keahlian dan pandangan mereka terhadap projek ini.

Sebuah jawatankuasa pengarah, awalnya diketuai oleh Dr. Balaji Sadasivan, Menteri Negara Senior Kementerian Ehwal Luar Negeri dan MICA, mengawasi rencana implementasi galeri seni ini. Jawatankuasa pengarah didukung oleh sebuah jawatankuasa eksekutif dan empat kelompok penasihat. Kelompok penasihat ini memberikan saranan tentang museologi, pemuliharaan seni bina, kewangan, dan komunikasi sepanjang perancangan ini berlaku.[5]

Pembinaan

Piihak pemerintah Singapura memlilih syarikat perekaan muzium Studio Milou Architecture dari Perancis[6] sebagai peneraju projek ini bersama CPG Consultants Singapore pada May 2008. Rekaan akhir yang diusulkan untuk galeri ini terdiri dari suatu kanopi bertiang mirip pokok menjambat antara bangunan-bangunan Mahkamah Agung dan Dewan Kota dengan tangga naik ke aras permukaan pada bangunan-bangunan sedia ada.[7][8][9][10]

Kerja-kerja pembinaan mula dilakukan pada Januari 2011 atas seliaan Takenaka-Singapore Piling Joint Venture sebagai kontraktor utama projek ini. Ia siap dibina dan dibuka kepada orang ramai secara rasmi pada 24 November 2015.[11][12][13]

Rujukan

WikiPedia: Galeri_Nasional_Singapura http://graphics.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/Inte... http://www.studiomilou.fr/page.php?lang=en //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Galer... http://www.mica.gov.sg/pressroom/Press%20Release%2... http://www.mica.gov.sg/pressroom/press_070320.htm http://app.sprinter.gov.sg/data/pr/20070829985.htm http://nationalartgallery.sg/buildings/perspective... http://www.nationalgallery.sg https://www.academia.edu/26871835/_The_Naked_Museu... https://web.archive.org/web/20070613012438/http://...