Game_Informer
Game_Informer

Game_Informer

Game Informer (GI) ialah sebuah majalah Amerika yang dikeluarkan secara bulanan, mempamerkan artikel-artikel, berita, strategi serta ulasan-ulasan judul-judul permainan video dan yang berkaitan dengan konsol popular. Ditubuhkan pada bulan Ogos 1991 oleh FuncoLand,[1] majalah tersebut memiliki hampir 3 juta pelanggan menurut Andred Reiner, menjadikannya majalah permainan video dengan jumlah edaran tertinggi,[2] dan setakat suku pertama tahun 2009, telah disenaraikan sebagai majalah ke-12 terbesar.[3] Game Informer kini merupakan salah satu daripada empat majalah terbaik untuk ditujukan kepada pembaca lelaki berusia 18 hingga 34.[4]