Seorang
Gamemaster (secara literal dalam
bahasa Melayu:
Tuan permainan), kadang-kala digelar sebagai
Game Master,
Game Manager,
God Moderator,
God Modder,
Godmodder ataupun hanya sebagai singkatannya iaitu
GM merupakan seorang pemain dalam sebuah
permainan pemain berganda yang memainkan peranan sebagai penyelaras, pengadil dan penimbangtara dalam situasi-situasi berperaturan. Mereka paling kerap dilihat dalam permainan-permainan yang memerlukan kerjasama di mana para pemain membantu satu sama lain dan jarang dilihat dalam permainan persaingan di mana para pemain menentang antara satu sama lain.Kini, Gamemaster seringkali dikaitkan dengan
permainan berperanan. Dalam sebuah permainan berperanan seorang Gamemaster mempunyai tujuan tertentu, selalunya sebagai pelengkap cerita kepada plot yang dimainkan
player character, disamping mengawal aspek-aspek
non-player character dan mencipta sebuah suasana di mana para pemain boleh berinteraksi. Peranan asas seorang Gamemaster - membantu dalam peraturan, pengadilan dan penceritaan - adalah sama dalam hampir setiap judul permainan berperanan, meskipun set peraturan yang berbeza mencipta tugasan-tugasan khas yang unik kepada GM yang tertakluk di bawah sistem tersebut.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.