Penerangan Gandasuli

Sejambak bunga gandasuli atau tentulang terbang di dalam tandan.

Gandasuli adalah herba yang tumbuh berukuran besar, dan tidak memiliki batang sebenar kerana batangnya telah diubahsuai menjadi rimpang yang menjalar dan bercabang-cabang di bawah tanah. Akar dan tunasnya tumbuh dari ruas-ruas rimpang yang berisi. Tunas ini tumbuh ke atas dengan batang semu yang dapat mencapai tinggi 1.5-2 m dengan helai berbentuk bujur panah, panjang 7-55 cm, lebar 3-5 cm dan berhujung runcing.

Perbungaannya adalah berbentuk bulir (spike) dengan tandan berwarna hijau bersisip kuntum bunga. Bunga tersebut berbentuk seperti kupu-kupu dengan bibir berwarna kuning, dan bau harum seperti cempaka. Buahnya adalah berbentuk lenggai berwarna jingga terang, pecah setelah matang, dan mengeluarkan benih berwarna merah. Pokok ini sesuai ditanam di tempat yang mendapat sinaran matahari penuh, subur dan bersaliran baik.[4]

Rujukan

WikiPedia: Gandasuli http://www.ville-ge.ch/musinfo/bd/cjb/africa/detai... http://herbasihat.blogspot.com/2008/09/pokok-ganda... http://sealang.net/malay/dictionary.htm?tentulang http://www.nzor.org.nz/names/649d20ba-0472-46ae-b6... http://www.efloras.org/florataxon.aspx?flora_id=1&... http://www.efloras.org/florataxon.aspx?flora_id=2&... http://www.ipni.org/ipni/idPlantNameSearch.do?id=7... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=107... http://wcsp.science.kew.org/namedetail.do?name_id=... http://www.pfaf.org/user/Plant.aspx?LatinName=Hedy...