Gansu
Gansu

Gansu

38°0′N 102°20′E / 38.000°N 102.333°E / 38.000; 102.333 Gansu (bantuan·maklumat) (Cina Ringkas: 甘肃; Cina Tradisional: 甘肅; pinyin: Gānsù) ialah sebuah wilayah yang terletak di barat laut Republik Rakyat China. Kedudukan wilayah ini adalah di antara Qinghai, Mongolia Dalam, dan Penara Huangtu, dan bersempadan dengan negara Mongolia di utara dan Xinjiang di barat. Sungai Huang He melintasi bahagian selatan wilayah ini. Gansu mempunyai kira-kira 25 juta penduduk (seperti pada tahun 1997), termasuk sekelompok besar Orang Cina Hui. Ibu wilayah ialah Lanzhou yang terletak di bahagian tenggara Gansu. Gansu disingkatkan sebagai Gan atau Long (Cina Tradisional: 隴, Cina Ringkas: 陇), dan juga dikenali sebagai Barat Long atau Kanan Long, sebagai penyentuhan kepada Gunung Long di timur Gansu.