Gas_asli_cecair
Gas_asli_cecair

Gas_asli_cecair

Gas asli cecair (Bahasa Inggeris: liquefied natural gas, LNG) merupakan gas asli (terutamanya metana, CH4) yang ditukarkan kepada bentuk cecair buat sementara agar senang disimpan atau diangkut.Gas asli cecair mengambil kira-kira 1/600 isipadu gas asli dalam bentuk gas. Ia tidak berbau, tidak berwarna, tidak toksik dan tidak mengakis, tetapi masih boleh mendatangkan bahaya dengan mudah terbakar, membeku dan asfiksia.Proses pencecairan melibatkan penyingkiran komponen-komponen tertentu yang boleh menimbulkan kesulitan di peringkat lanjutan, seperti debu, gas asid, helium, air, dan hidrokarbon yang berat. Kemudian, gas asli itu dipeluwap menjadi cecari pada tekanan seakan atmosfera (tekanan angkutan maksima ditetapkan sekitar 25 kPa atau 3.6 psi*) dengan mendinginkannya kepada kira-kira −162 °C (−260 °F).LNG lebih banyak menyusut isipadunya berbanding gas asli mampat (CNG) supaya ketumpatan tenaga LNG bersamaan dengan 2.4 kali ganda ketumpatan CNG ataupun 60% isipadu bahan api diesel.[1] Oleh yang demikian, LNG adalah lebih cekap kos untuk diangkut dalam perjalanan yang lama di mana tiadanya talian gas. Kapal laut atau lori tangki kriogenik yang direka khusus (pengangkut LNG) digunakan untuk mengangkut gas asli cecair. LNG digunakan terutamanya untuk mengangkut gas asli ke pasaran untuk digaskan semula dan diedarkan sebagai gas asli dari talian paip. Ia boleh digunakan dalam kenderaan gas asli, namun lebih seringkali kenderaan direka untuk menggunakan gas asli mampat. Belanja pengeluarannya yang agak tinggi serta perlunya untuk menyimpannya dalam tangki kriogenik yang mahal merupakan penghalang utama dalam pengkomersilan gas asli cecair.