Gastronomi_molekul
Gastronomi_molekul

Gastronomi_molekul

Gastronomi molekul (molecular gastronomy) adalah kajian saintifik mengenai gastronomi atau lebih lengkapnya adalah cabang ilmu yang mengkaji perubahan fisiokimia dari bahan makanan semasa proses memasak dan fenomena deria apabila dimakan.[1] Ilmu ini disifatkan dengan penggunaan kaedah saintifik untuk memahami dan mengawal perubahan molekul, fisiokimia, dan struktur yang terjadi pada makanan pada tahap pembuatan dan pengambilan.[1] Perkataan "molekul" dalam gastronomi molekul merujuk kepada ilmu biologi molekul yang mengkaji bahan-bahan masakan hingga peringkat molekul.[2] Maka, kaedah saintifik yang digunakan meliputi pengamatan mendalam, pembuatan dan ujian hipotesis, eksperimen terkawal, objektiviti sains, dan kebolehulangan eksperimen[2]. Perlu diperhatikan bahawa gastronomi molekul tidak sama dengan jenis atau gaya memasak. [3]Istilah lain yang digunakan untuk merujuk kepada gastronomi molekul adalah masakan avant-garde di mana avant-garde berasal daripada perkataan advance guard yang secara harfiah bererti barisan hadapan tentera yang menuju ke medan perang.[4] Istilah tersebut digunakan untuk menggambarkan disiplin ilmu yang telah melepasi batasan-batasan yang dianggap normal, contohnya kerana penemuan teknik baru atau kegunaan lain daripada teknik yang sudah sedia ada.[4]