Insignia Gauleiter

Insignia kenderaan bagi Gauleiter.Insignia pangkat bagi Gauleiter dan Reichsleiter, sebelum dan selepas insignia berubah tahun 1939.Insignia pangkat parti Nazi pada tahun 1930an; insignia Timbalan Gauleiter memaparkan satu daun oak.

Insignia asal bagi Gauleiter mengandungi tab kolar gaya Tentera Darat, berserta dengan kord bahu berpintal yang dipakai pada baju warna perang Parti Nazi. Selepas tahun 1933, Gauleiter memakai insignia dua daun oak pada pelapik kolar berwarna perang. Stellvertreter-Gauleiter (Timbalan-Gauleiter) memakai satu daun oak.[perlu rujukan]

Menjelang tahun 1939, seluruh sistem pangkat separa tentera Parti Nazi telah dibaik pulih, memperkenalkan insignia serba baru yang mengandungi pip, bar, dan sebanyak empat daun oak kecil setiap kolar bagi mewakili pangkat politik Parti Nazi. Insignia Gauleiter, bagaimanapun, dianggap terlalu "kukuh" untuk ditukar dan oleh itu tidak dimasukkan kedalam sistem insignia baru. Sebaliknya, Gauleiter terus memakai insignia dua daun oak sebelum perang, dengan pangkat yang dilihat lebih kanan dalam hirarki Parti Nazi, melainkan Reichsleiter. Kedua-dua insignia Gauleiter dan Reichsleiter telah diubahsuai sedikit untuk memaparkan lambang helang negara dengan lebih jelas, dan kedua-dua pangkat dibenarkan memakai lilitan lengan khas parti.[perlu rujukan]

Gauleiter juga mempunyai hak memaparkan bendera kenderaan khas semasa mengembara, juga sebagai simbol status kedudukan mereka.[perlu rujukan]

Hubungan dengan insignia lain

Semua pemimpin politik yang bekerja di peringkat Gau mempunyai tab kolar romboid berserta permukaan merah (bukan perang), dengan piping berwarna merah wain gelap (burgundi) disekeliling bucu luar. Tab kolar peringkat Reich mempunyai permukaan warna merah terang, dengan piping emas; tab kolar peringkat Kreis mempunyai permukaan warna coklat perang gelap, dengan piping putih, manakala tab kolar peringkat Ort mempunyai permukaan warna perang terang dengan piping biru muda. Sistem tab kolar pemimpin politik agak rumit dan menjalani empat kali pertukaran (berlaku kerumitan setiap kali pertukaran); corak (keempat) terakhir seperti yang digambarkan diatas, telah diperkenalkan sekitar tahun 1938—pada waktu ini, dengan banyak jawatan kerja didalam setiap peringkat; ini menjadikan sistem pangkat tab kolar corak keempat yang paling rumit sekali. Gauleiter mempunyai kuasa keatas ketua-ketua daerah (kreisleiter), yang kemudiannya mengarah pemimpin bahagian (Ortsgruppenleiter). Sebuah Ortsgruppe (bahagian) merangkumi 1500 isi rumah—biasanya pinggir bandar atau beberapa kampung. Pemimpin bahagian mengarah pemimpin sel (Zellenleiter), bertanggungjawab untuk 160 hingga 480 isi rumah. Zellenleiter mengetuai pemimpin tempatan paling rendah, Blockleiter, ia mengepalai satu blok yang mengandungi 40 hingga 60 isi rumah. Pemimpin sel dan blok yang berada di bawah hierarki memberikan penguasaan kukuh parti keatas penduduk awam.[perlu rujukan]

Timbalan Gauleiter

Gelaran yang betul-betul berada dibawah Gauleiter dikenali sebagai Stellvertreter-Gauleiter (Timbalan Pemimpin Gau). Antara tahun 1933 dan 1939, posisi ini adalah pangkat sebenar, mempunyai insignia satu daun oak pada pelapik kolar, berbeza dengan dua daun oak yang digunakan oleh Gauleiter. Oleh kerana perbalahan politik parti Nazi, peraturan-peraturan telah diperkenalkan pada tahun 1935 untuk mengelakkan Timbalan Gauleiter daripada menggantikan ketuanya sendiri, tindakan itu tidak menggalakkan keraguan antara Gauleiter dengan harapan bahawa Timbalan akan mengambil tempatnya.[perlu rujukan]

Era Perang Dunia II menyaksikan pihak Nazi menggabungkan pangkat Stellvertreter dengan Gauleiter sebagai gelaran berjawatan, berpasangan dengan pangkat separa tentera Parti Nazi yang sepadan dan memansuhkan insignia satu daun oak yang sebelumnya dan pangkat sebenar Timbalan Gauleiter. Oleh itu, dengan penamatan insignia politik satu daun oak, tinggal Gauleiter yang masih memaparkan dua daun oak manakala insignia satu daun oak tidak lagi wujud.[perlu rujukan]