Gaumont
Gaumont

Gaumont

Gaumont Film Company (/ˈɡaʊmɒnt/, Sebutan bahasa Perancis: [ɡomɔ̃]; dipendekkan sebagai Gaumont) merupakan sebuah syarikat perfileman Perancis[3] diasaskan oleh jurutera dan pencipta Léon Gaumont (1864–1946), pada 1895. Ia merupakan studio perfileman pertama dan tertua di dunia, diasaskan sebelum studio lain seperti Pathé (ditubuhkan pada 1896), Titanus (1904), Nordisk Film (1906), Universal dan Paramount (kedua-duanya diasaskan pada 1912)[4] Ibu pejabatnya terletak di Neuilly-sur-Seine, Perancis.[5]Gaumont mendominasi, menghasilkan, dan mengedarkan filem, dan pada tahun 2011, 95% daripada pendapatan gabungan dari Gaumont datang dari bahagian filem.[6] Syarikat ini semakin berkembag menjadi penerbit siri TV dengan anak syarikat Amerika baru Gaumont International Television serta bahan penerbitan Perancis yang ada.[1]Gaumont diuruskan oleh Nicolas Seydoux (Presiden), Sidonie Dumas (Pengarah Urusan) dan Christophe Riandee (Timbalan Ketua Pengarah).[7]

Gaumont

Industri Wayang gambar
Jumlah aset ▲ € 451.5 juta (2011)[1]
Pendapatan bersih ▲ € 12.7 juta (2013)[1]
Bilangan pekerja 173 (2011)[1]
Anak syarikat Gaumont Animation
Gaumont International Television
Gaumont-Pathe Archives
Globalgate Entertainment[2]
Gaumont Distribution
Jumlah ekuiti ▲ € 255.9 juta (2011)[1]
Perancang utama Léon Gaumont, Nicolas Seydoux
Ibu pejabat Neuilly-sur-Seine, Perancis
Laman sesawang www.gaumont.fr (Perancis), Gaumont.net (Amerika)
Pengasas Léon Gaumont
Keluaran Wayang gambar
rancangan televisyen
pengedaran filem
Ditubuhkan 23 Jun 1895; 124 tahun yang lalu (1895-06-23)
Hasil ▲ € 169.1 juta (2013)[1]
Didagangkan sebagai Euronext: GAM
Jenis Syarikat awam