Geely
Geely

Geely

Geely (secara rasmi Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd) ialah syarikat pengilang automotif nasional China beribu pejabat di Hangzhou, Zhejiang. Ia menjual kenderaan penumpang di bawah Geely Auto, Lotus, Lynk & Co, PROTON, dan Volvo dan kenderaan komersial di bawah jenama London EV Company dan Yuan Cheng Auto.Geely merupakan pemilik kepada Volvo Cars iaitu sebuah syarikat automotif terkenal dari Sweden, setelah Geely berjaya memperoleh 100% pegangan saham syarikat itu dari Ford pada 2010.[3] Pada 2013, Geely melengkapkan pemerolehan dalam syarikat automotif dari United Kingdom iaitu London Taxi Co.(kini dikenali sebagai London EV Company) dari pemiliknya Manganese Bronze Holding dengan nilai pemerolehan sebanyak $17.5 juta .[4] dan memperoleh perkongsian majoriti dalam pembuat kenderaan sukan British Lotus Cars pada 2017.[5]Geely Automobile Holdings Ltd (Cina ringkas: 吉利汽车; pinyin: Jílì Qìchē) (SEHK: 175), anak syarikat Geely, tersenarai di dalam Bursa Saham Hong Kong.[6] Pada 13 Februari 2017, ia menjadi pemegang saham dalam Indeks Hang Seng.[7]

Geely

Pendapatan operasi ▲ 12.542 bilion (2016)
Industri Automotif
Pemilik Li Shufu
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Jumlah aset ▲ CNY206.741 bilion (2016)
Pendapatan bersih ▲ CNY8.409 bilion (2016)
Transliterasi
Transliterasi
Bahasa Mandarin
- Hanyu Pinyin:Jílì Kònggǔ Jítuán
Anak syarikat
List
Jumlah ekuiti ▲ CNY38.971 bilion (2016)
Perancang utama Li Shufu (Pengerusi)
An Cong Hui (Presiden)
Ibu pejabat Binjiang, Hangzhou, Zhejiang, China
Pengasas Li Shufu
Laman sesawang www.geelyholding.com
Keluaran Automobil, enjin, transmisi
Ditubuhkan 6 November 1986 (1986-11-06) (33 tahun yang lalu)[1] di Taizhou, Zhejiang, China
Hasil ▲ CNY208.799 bilion (2016)
GeelyTransliterasi
Geely
Cina Ringkas:吉利控股集团
Cina Tradisional:吉利控股集團
Transliterasi
Bahasa Mandarin
- Hanyu Pinyin:Jílì Kònggǔ Jítuán
Jenis Swasta