Gegar_Vaganza_(musim_6)
Gegar_Vaganza_(musim_6)

Gegar_Vaganza_(musim_6)

Gegar Vaganza bagi musim yang keenam bermula pada 13 Oktober 2019 dan disiarkan pada hari Ahad jam 9:00 malam yang menampilkan 13 peserta daripada Malaysia dan Singapura. Pada musim ini, penaja utama bagi Gegar Vaganza 6 ialah Farm Fresh dan penaja bersama adalah DiGi, Adabi (PowerCat), Uphamol dan Cuckoo. Penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang kembali sebagai juri tetap bersama Dato' Ramli MS. Pengacara bagi musim ini masih lagi mengekalkan duo pelawak terkemuka iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.Dua anugerah khas akan diumumkan setiap minggu iaitu Artis Cili Padi Paling Power dan Bintang Cuckoo Paling Gempak. Artis Cili Padi Paling Power dipilih oleh para juri berdasarkan persembahan peserta di setiap konsert dan diumumkan oleh Nabil dan Jihan sebelum segmen Ada Lagu Ada Lagi pada akhir rancangan. Manakala kategori Bintang Cuckoo Paling Gempak akan diundi oleh peminat - peminat para peserta melalui undian online di laman web Astro Gempak. Peserta yang mendapat undian tertinggi akan diumumkan pada konsert minggu berikutnya.Roy disingkirkan kerana rating kerana dia tidak mempunyai ramai peminat sedangkan yang ada ramai peminat tapi suara tidak sedap