Biologi Geiser

Para saintis dahulunya menyangka tiada sebarang hidupan yang mampu hidup melebihi suhu maksimum 73 °C (163 °F) yang merupakan had atas sianobakteria kerana struktur protein selular dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalamnya boleh musnah jika melebihi takat ini. Suhu optimal bakteria termofil dikira lebih rendah lagi pada ketika itu sekitar 55 °C (131 °F).[6] Namun, pemerhatian yang dibuat mereka bermula sekitar tahun 1960-an mendapati bahawa hidupan boleh wujud pada suhu yang tinggi sebegini; malah ada juga sesetengah bakteria yang lebih memilih untuk hidup dalam suhu yang lebih tinggi daripada takat didih air. Terdapat banyak jenis bakteria yang telah ditemui dengan ciri-ciri ini,[7] dan enzim-enzim yang diperolehi daripada hidupan sebegini telah banyak digunakan sebagai bahan termostabil dalam pelbagai kegunaan perubatan dan bioteknologi.[8]

Berkaitan