Gelang_pasir
Gelang_pasir

Gelang_pasir

Portulacaria oleraceaGelang pasir, rumput beremi, atau segan jantan ialah tumbuhan sukulen semusim dalam famili Portulacaceae yang dapat mencapai 40 sentimeter tingginya. Sekitar 40 jenis kini ditanam.[1] Gelang pasir mempunyai taburan Dunia Lama yang meluas dan menjangkau dari Afrika Utara ke Timur Tengah (dikenali sebagai الرجلة atau البقلة) dan subbenua India sehingga Malesia dan Australasia. Status spesies ini di Dunia Baharu tidak pasti: ia umumnya dianggap sebagai rumpai eksotik; bagaimanapun, terdapat bukti bahawa spesies ini wujud di mendapan Tasik Crawford (Ontario) pada 1430-1489 dan dengan itu, membayangkan bahawa tumbuhan ini tiba di Amerika Utara pada zaman pra-Columbus.[2] Ia dinaturalisasikan di pelbagai wilayah yang lain dan di sesetengah wilayah, dianggap sebagai rumpai yang invasif. Daunnya disusun secara selang-seli dan berumpun pada buku dan hujung batang. Bunga berwarna kuning dan mempunyai lima bahagian sekata yang lebarnya sehingga 6 mm. Bunga-bunga gelang pasir boleh muncul pada sepanjang tahun, bergantung kepada hujan yang mencukupi. Gelang pasir berbunga satu demi satu pada pusat gugusan daun buat beberapa jam sahaja pada setiap pagi yang cerah. Ia mempunyai akar tunjang dan cabang akar yang berserabut. Gelang pasir dapat bertahan terhadap tanah padat yang tidak subur serta juga terhadap kemarau.Ia boleh dibuat ulam dengan memakan mentah seluruh bahagiannya kecuali akar. Rasanya sedikit masam.